Annuar Musa Sedia Beri Kerjasama Kepada Polis

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa sedia memberi kerjasama kepada pihak polis susulan dakwaan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menghadiri satu jamuan baru-baru ini.

“Ia (siasatan) harus berjalan, jangan ada layanan dua darjat, kalau ada aduan perlulah disiasat dan dapatkan apa yang sebenarnya berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan di Chow Kit di sini hari ini.

Katanya beliau difahamkan polis telah memanggil pihak penganjur majlis berkenaan untuk memberi keterangan serta membantu siasatan berhubung perkara itu, dan beliau turut meminta masyarakat menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta berhenti membuat spekulasi.

Sebelum ini tular di media sosial gambar Annuar bersama beberapa individu duduk di meja sambil menikmati jamuan tanpa penjarakan fizikal di sebuah majlis, Sabtu lepas.

Terdahulu, Annuar menyerahkan bantuan barangan keperluan sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan kepada peniaga, Saniah Taib, 55, yang menyara anak orang kurang upaya (OKU).

Nasib Saniah mula mendapat perhatian warga maya susulan kisahnya yang perlu mengusung anak OKU ke merata tempat sekitar Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman ketika menjaja barang permainan demi mencari rezeki, menjadi tular di media sosial.

Annuar berkata pihak kementerian akan segera membantu Saniah mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa.

– BERNAMA

Topik Hangat

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Muhyiddin Nak Jadi Menteri Kewangan Tapi Saya Pilih Lim Guan Eng – Mahathir

SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipilih menjadi Menteri Kewangan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah kerana berjaya menguruskan kerajaan Pulau Pinang...

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Berita Berkaitan

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Agong Berhak Tentukan Sidang Parlimen Tanpa Nasihat PM – Ku Li

KUALA LUMPUR: Kuasa bagi memanggil sidang Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa memerlukan nasihat Perdana Menteri, kata...

PKPD Di Hotel Centennial Sitiawan Dikuatkuasa Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hostel Centennial, Kampung Acheh, Sitiawan, Perak bermula esok sehingga 10 Mac...