Pemuda PAS Desak KDN Haramkan Sugarbook, Adili Kematian Adib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hari ini Ketua Pemuda PAS, Senator Ir. Khairil Nizam mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menuntut pengharaman platform “Sugarbook” dan keadilan atas kematian anggota bomba, Muhammad Adib bin Mohd Kassim.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) memberitahu inti pati yang disuarakan ialah kebimbangan rakyat mengenai statistik yang dikeluarkan oleh Sugarbook kepada Menteri Dalam Negeri

“Pemuda PAS Malaysia adalah antara yang terawal menentang Sugarbook dan laporan polis juga telah dibuat pelbagai pihak.

“ Menteri memberi jaminan siasatan segera akan dijalankan berdasarkan kepada laporan yang telah dibuat sebelum mengambil tindakan sewajarnya untuk menyekat akses Sugarbook,” katanya dalam satu kenyataan media.

Khairil Nizam yang juga Ahli Dewan Negara berkata, statistik yang dikeluarkan menunjukkan peratusan tinggi mahasiswa dan anak muda di luar sana yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral ini.

“Dengan itu, saya memohon tindakan tegas dan segera untuk menyekat akses Sugarbook diambil oleh pihak kerajaan setelah siasatan selesai,” tuntut beliau.

Perkembangan lain, katanya, pemergian Allahyarham Muhammad Adib, seorang anggota bomba yang sedang bertugas untuk meredakan situasi tegang di tempat kejadian masih belum mendapat pembelaan.

Ujarnya, ramai yang ingin tahu perkembangan dan kesudahannya.

Tegas beliau, keadilan untuk Arwah Adib perlu titik noktahnya.

“Saya telah mendapatkan penjelesan daripada Menteri secara menyeluruh berkenaan isu ini.

“Beliau juga telah memberikan jaminan akan menyelesaikan isu ini dalam kadar yang segera selepas daripada urusan-urusan birokrasi berkenaan dengan ordinan darurat dapat diselesaikan.

“Bersama kita doakan agar kedua-dua isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan kesejahteraan masyarakat Malaysia terus terjamin,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat