AJL35 14 Mac ini

Petaling Jaya: Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) dijangka berlangsung pada 14 Mac ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, jam 9 malam selepas ditunda bulan lalu.

Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid berkata, persiapan menjelang anugerah berprestij yang tertunda lebih sebulan itu kini disambung semula.

“Kami sedang menyambung semula kerja-kerja yang tergendala sejak awal tahun lalu. Ketika itu, kami sudah memikirkan konsep, melakukan penggambaran penjenamaan iklan, berbincang dengan finalis mengenai props mereka dan sebagainya.

“Namun, kerja-kerja pertukangan set atau sebarang percetakan bahan publisiti lain belum dimulakan lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nurhul, tarikh itu juga bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MBSA.

Katanya, aspek keselamatan terutama prosedur operasi standard (SOP) paling dititikberatkan bagi memastikan penganjuran acara itu lancar.

Pihaknya juga akur jika terpaksa menundanya lagi sekiranya keadaan tidak mengizinkan lagi.

“Perkara paling penting ialah keselamatan dan kesihatan rakan-rakan sekerja kami. Ini termasuklah kakitangan Media Prima Berhad, vendor dan artis. Kami juga akan sentiasa patuhi SOP ditetapkan kerajaan.

“Jumlah kru bertugas akan dikurangkan sebanyak mungkin dan pelaksanaan tugas berkala akan dikuatkuasakan. Jadual bertugas kru berbeza bagi mengelakkan situasi bekerja secara berkelompok. “Sekiranya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilanjutkan, saya percaya bahawa pihak kami akan mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan serta arahan MKN pada ketika itu. Itu adalah jalan terakhir kami sebenarnya,” katanya.

Menurutnya, hubungan pasukan produksi dengan kerajaan memang rapat dari segi pelaksanaan tugas itu. Mereka akan melaksanakan tugas seperti dibincangkan dan setakat ini berusaha untuk menjayakan AJL35 pada tarikh diumumkan dengan SOP yang lebih ketat.

Selain melakukan sanitasi di kawasan persekitaran dan peralatan digunakan, semua kru dan artis diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum 14 Mac ini.

“Jika ada yang positif, mereka dikehendaki menjalani kuarantin mengikut SOP ditetapkan. Sekiranya finalis yang didapati positif ketika itu, mereka dikehendaki mencari pengganti,” katanya.

Dalam pada itu, Nurhul turut bersyukur kerana semua finalis, penari dan pemuzik prihatin dan peka dengan isu semasa.

“Sejak PKP dilaksanakan pada 13 Januari lalu dan AJL35 terpaksa ditunda, mereka tidak pernah merungut kepada kami.

“Namun, kita juga harus faham mereka kini hilang punca pendapatan. Oleh itu, penundaan AJL35 ke tarikh yang lebih jauh adalah pilihan atau kaedah terakhir. Kami tetap akan teruskan dengan perancangan AJL35 tanpa penonton,” katanya.

AJL35 dihoskan Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari sepatutnya berlangsung pada 7 Februari lalu di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebelum pengumuman penundaan disebabkan tempoh PKP yang dilanjutkan.

Selain 12 lagu bertanding, AJL35 turut menampilkan persembahan daripada Ella, Naim Daniel, Yonnyboii, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Tuju K-Clique, Hujan, Hazama & The Penglipur Lara, Akim & The Majistret, Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.

Harian Metro

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

‘Epik fantasi’ nukilan ramayan

HAMPIR empat tahun bertapa menyepikan diri, kumpulan Neo-Psikedelik Malaya, Ramayan akhirnya tampil bersama album penuh baharu yang bertemakan 'epik fantasi' berjudul Di Persiaran Cakrawala. Album...

Rina Gunawan meninggal dunia

Jakarta: Penyanyi Indonesia, Rina Gunawan, 47, meninggal dunia selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pertamina Simprug, di sini, selepas mengalami gejala...

Dah boleh tengok wayang

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan panggung wayang akan dibenarkan untuk membuka operasi semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)...