90 MP ASEAN gesa Parlimen Malaysia kembali bersidang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 90 ahli Parlimen dari tujuh negara Asean mendesak Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri untuk membenarkan Parlimen Malyasia kembali bersidang tanpa sekatan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kesemua mereka berkata persidangan Parlimen penting untuk memastikan kebertanggungjawaban kerajaan, menilai langkah darurat, melindungi hak asasi, dan menyumbang ke arah proses membuat keputusan berkenaan dasar utama.

Kenyataan itu ditandatangani ahli Parlimen daripada Thailand, Indonesia, Timor-Leste, Kemboja, Filipina dan Singapura.

“Kuasa darurat Malaysia jelas tidak menepati piawaian antarabangsa yang sedia ada dan mewujudkan keadaan di mana kebertanggungjawaban kerajaan amat terhad, dengan salah guna kuasa mungkin berlaku.

“Sebagai badan yang menyuarakan kehendak rakyat, Parlimen mempunyai kedudukan utama dalam demokrasi yang berfungsi, dan penggantungannya pada masa ini telah menidakkan penglibatan awam dalam proses membuat keputusan.

“Ini membimbangkan terutamanya di saat sebarang keputusan kerajaan akan meninggalkan kesan berkekalan terhadap hidup rakyat,” menurut kenyataan bersama berkenaan.

Kata kumpulan pemimpin itu lagi, sekarang waktu yang amat penting untuk Parlimen berfungsi dengan cekap dan memantau terhadap sebarang risiko salah guna kuasa.

Susulan proklamasi darurat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu, atas dasar melawan penularan wabak Covid-19 yang kian meningkat, sidang Parlimen dan DUN digantung sehingga tempoh yang dirasakan sesuai oleh Agong.

Perintah darurat berkuatkuasa sehingga Ogos dan tertakluk kepada syor jawatankuasa khas yang dianggotai 19 ahli daripada pelbagai latar belakang, termasuk tiga ahli Parlimen pembangkang.

Mereka turut menyuarakan kebimbangan berhubung kuasa tambahan kepada angkatan tentera ketika tempoh darurat untuk menangkap warga asing tanpa dokumen di sempadan negara.

“Kami ingin mengingatkan pihak berkuasa, bagi menjamin darurat tidak digunakan untuk menekan hak asasi atau merampas institusi demokrasi, ia sepatutnya wajar dan bersekadar untuk menangani ancaman yang ingin dikekangnya, dalam hal ini bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kuasa seumpama itu perlu bersifat sementara, teratkluk kepada pengawasan kehakiman dan legislatif yang berkesan, dan tidak menyasarkan golongan tertentu,” kata mereka. – SuaraTV

Signatories:
1. Abel Pires da Silva, Member of Parliament, Timor-Leste
2. Adérito Hugo da Costa, Member of Parliament, Timor-Leste
3. Amarat Chokepamitkul, Member of Parliament, Thailand
4. António de Sá Benevides, Member of Parliament, Timor-Leste
5. Antonio “Sonny” F. Trillanes IV, former Member of Parliament, Philippines
6. Apichat Sirisoontorn, Member of Parliament, Thailand
7. Arlene D. Brosas, Member of Parliament, Philippines
8. Bencha Saengchantra, Member of Parliament, Thailand
9. Botta Long, former Member of Parliament, Cambodia
10. Braema Mathiaparanam, former Member of Parliament, Singapore (signatory after press statement released)
11. Carlos Isagani T. Zarate, Member of Parliament, Philippines
12. Chamnan Chanruang, former Member of Parliament, Thailand
13. Charus Koomkainam, Member of Parliament, Thailand
14. Chavalit Laohaudomphan, Member of Parliament, Thailand
15. Dang Chamreun, former Member of Parliament, Cambodia
16. Domingas dos Santos, Member of Parliament, Timor-Leste
17. Dyah Roro Esti Widya Putri, Member of Parliament, Indonesia
18. Elvina Sousa, Member of Parliament, Timor-Leste
19. Eufemia “Ka Femia” C. Cullamat, Member of Parliament, Philippines
20. Eva Sundari, former Member of Parliament, Indonesia
21. Ferdinand R. Gaite, Member of Parliament, Philippines
22. France L. Castro, Member of Parliament, Philippines
23. Francis “Kiko” Pangilinan, Member of Parliament, Philippines
24. Francisco de Vasconcelos, Member of Parliament, Timor-Leste
25. Heng Danaro, former Member of Parliament, Cambodia
26. Ho Vann, former Member of Parliament, Cambodia
27. Jirawat Arunyohanon, Member of Parliament, Thailand
28. Kanphong Chongsuttanamanee, Member of Parliament, Thailand
29. Kasit Piromya, former Member of Parliament, Thailand
30. Khamphong Thephakham, Member of Parliament, Thailand
31. Kong Saphea, former Member of Parliament, Cambodia
32. Kunthida Rungruengkiat, former Member of Parliament, Thailand
33. Kyaw Min San, former Member of Parliament, Myanmar
34. Leila M. de Lima, Member of Parliament, Philippines
35. Lena Maryana Mukti, former Member of Parliament, Indonesia
36. Long Ry, former Member of Parliament, Cambodia
37. Manop Keereepuwadol, Member of Parliament, Thailand
38. Maria Angelina Lopes Sarmento, Member of Parliament, Timor-Leste
39. Meity Magdalena, former Member of Parliament, Indonesia
40. Men Sothavarin, former Member of Parliament, Cambodia
41. Mercy Chriesty Barends, Member of Parliament, Indonesia
42. Mu Sochua, former Member of Parliament, Cambodia
43. Nateepat Kulsetthasith, Member of Parliament, Thailand
44. Nattacha Boonchaiinsawat, Member of Parliament, Thailand
45. Nattaphon Suapsakwong, Member of Parliament, Thailand
46. Natthaphong Ruengpanyawut, Member of Parliament, Thailand
47. Nitipon Piwmow, Member of Parliament, Thailand
48. Nuth Rumduol, former Member of Parliament, Cambodia
49. Omgkam Chaibut, Member of Parliament, Thailand
50. Padipat Suntiphada, Member of Parliament, Thailand
51. Pakornwut Udompipatskul, Member of Parliament, Thailand
52. Pannika Wanich, former Member of Parliament, Thailand
53. Parinyachuaigate Keereerut, Member of Parliament, Thailand
54. Phicharn Chaowapatanawong, Member of Parliament, Thailand
55. Pita Limjaroenrat, Member of Parliament, Thailand
56. Prasertpong Sornnuvatara, Member of Parliament, Thailand
57. Rangsiman Rome, Member of Parliament, Thailand
58. Ratna Juwita Sari, Member of Parliament, Indonesia
59. Rosalina Ximenes, Member of Parliament, Timor-Leste
60. Saadiah Uluputty, Member of Parliament, Indonesia
61. Sakdinai Numnu, Member of Parliament, Thailand
62. Sam Rainsy, former Member of Parliament, Cambodia
63. Sarah Jane I. Elago, Member of Parliament, Philippines
64. Sartono Hutomo, Member of Parliament, Indonesia
65. Shwe Maung, former Member of Parliament, Myanmar
66. Sirikanya Tansakun, Member of Parliament, Thailand
67. Somchai Fungcholjit, Member of Parliament, Thailand
68. Somkiat Thanomsin, Member of Parliament, Thailand
69. Sor Chandeth, former Member of Parliament, Cambodia
70. Supisarn Bhakdinarinath, Member of Parliament, Thailand
71. Surachet Pravinvongvuth, Member of Parliament, Thailand
72. Surawat Thongbu, Member of Parliament, Thailand
73. Suthep Ou-Oun, Member of Parliament, Thailand
74. Suttawan Suban Na Ayuthaya, Member of Parliament, Thailand
75. Taopiphop Limjittuakorn, Member of Parliament, Thailand
76. Taufik Basari, Member of Parliament, Indonesia
77. Teddy Brawner Baguilat Jr., former Member of Parliament, Philippines
78. Teerajchai Phunthumas, Member of Parliament, Thailand
79. Thodsaporn Thongsiri, Member of Parliament, Thailand
80. Thongdaeng Benjapak, Member of Parliament, Thailand
81. Tioulong Saumura, former Member of Parliament, Cambodia
82. Tomasito S. Villarin, former Member of Parliament, Philippines
83. Tunyawaj Kamolwongwat, Member of Parliament, Thailand
84. Vanvaree Talomsin, Member of Parliament, Thailand
85. Wanvipa Maison, Member of Parliament, Thailand
86. Wayo Assawarungruang, Member of Parliament, Thailand
87. Wiroj Lakkhanaadisorn, Member of Parliament, Thailand
88. Woraphop Viriyaroj, Member of Parliament, Thailand
89. Wuttinan Boonchoo, Member of Parliament, Thailand
90. Yanathicha Buapuean, Member of Parliament, Thailand

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat