Abdul Hadi Pejuang Ummah Tabah, Azmin Doakan Cepat Sembuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendoakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikurniakan kesembuhan secepatnya dan diberikan kesihatan untuk memimpin umat.

Beliau yang juga Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) secara peribadi mengenali Abdul Hadi sebagai seorang pejuang yang tabah dan murabbi ummah yang tuntas dalam pembangunan umat demi menyemarakkan syiar Islam.

“Peranan beliau dalam pembentukan PN adalah amat signifikan khususnya untuk menggembleng persefahaman bagi menjamin kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“Saya menyeru semua pihak untuk sama-sama mendoakan kesihatan Tuan Guru agar kembali pulih untuk meneruskan perjuangan demi kemaslahatan umat,” kata Azmin dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau bagaimanapun bersyukur mendapat perkhabaran bahawa Ahli Parlimen Marang berada dalam keadaan stabil dan mendapat perkhidmatan rawatan yang terbaik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat