Sering ingkar istana, semua pemimpin PN tak layak jadi PM – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua pemimpin Perikatan Nasional (PN) dianggap tidak layak menjadi calon Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi menegaskantiada pemimpin dari PN yang layak menjadi perdana menteri kerana semua mereka ingkar terhadap arahan istana.

“Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kata, PN tidak ada masalah mencari calon PM untuk PRU-16. Syarat utama ialah calon itu mesti ada hubungan baik dengan istana.

“Kalau begitu semua pemimpin PN tidak layak. Mereka ingkar nasihat Yang di-Pertuan Agong jangan mengadakan perhimpunan di Istana Kehakiman 6 Januari 2025 yang lalu.

“Apatah lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia menolak nasihat istana agar sertai Kerajaan Perpaduan.

“Bukan itu sahaja Raja-raja Melayu menolak cadangan dia teruskan darurat dan menggantung parlimen. Pokoknya jangan suka suka main sentimen istana untuk politik murahan,” tempelak Speaker DUN Johor itu dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Itu sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Parlimen Machang yang memberitahu PN tidak mempunyai masalah untuk mencari pemimpin dari parti gabungan itu bagi dijadikan calon perdana menteri menjelang PRU akan datang.

Kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu lagi, PN boleh mengetengahkan lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan dan ditawarkan kepada pengundi nanti.

Bahkan Wan Ahmad Fayhsal menjelaskan, seseorang pemimpin yang ingin dicalonkan sebagai perdana menteri mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan pihak istana.

Justeru, katanya, antara pemimpin PN yang boleh ditonjolkan ialah Muhyiddin sendiri.

Selain Muhyiddin, Wan Ahmad Fayhsal turut menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat