Noh Bimbang Umno Akan Ditolak Di PRN 6 Negeri, Bunuh Demokrasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tan Sri Noh Omar menzahirkan kebimbangan pengundi- pengundi di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menolak calon-calon dari Umno.

Kata bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu adalah amat membimbangkan apabila anak-anak muda, terutamanya pelajar-pelajar Malaysia di luar negara, yang ingin mendekati dan bersama parti Umno, kini menjauhkan diri kerana melihat demokrasi semakin mati di dalam Umno.

“Bukan sahaja jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dibenarkan ditandingi tetapi pembahas-pembahas seperti Muhammad Iman, yang pulang jauh dari United Kingdom telah di singkirkan dan di buang daripada berucap di PAU 2022 kerana takut beliau mungkin akan mengktirik Presiden Umno didalam ucapannya.

“Ini jelas memperlihatkan bahawa bukan sahaja demokrasi telah mati malah kebebasan bersuara juga telah mati dalam parti Umno.

“Kerana itulah ketika usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden diundi untuk tidak dipertandingkan, saya duduk dan tidak menyokong,” kata Noh dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, tindakan itu adalah kerana beliau mahukan demokrasi subur di dalam Umno.

“Kerana saya juga amat bimbang sekiranya demokrasi di dalam parti tidak dipertahankan, apabila tiba Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Umum Negeri Selangor nanti, hanya saluran 1 dan 2 sahaja yang akan mengundi Umno-BN.

“Manakala Saluran 4 dan 5, undi dari anak-anak muda akan menjauhkan diri dari BN dan Umno,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noh menambah beliau mendengar rintihan pelajar Malaysia dari Sheffield, United Kingdom, yang pulang mewakili Kelab-Kelab Umno Luar Negara di PAU 2022, Muhammad Iman Irfan Yahya merupakan pelajar Malaysia dari luar negara yang telah di senaraikan sebagai pembahas Ucapan Dasar Presiden No. 17 di PAU 2022 tetapi di saat-saat akhir telah tidak di benarkan berucap oleh pemimpin tertinggi Umno Malaysia.

“Berkemungkinan kerana Muhammad Iman di lihat sebagai seorang pengkritik Presiden Umno melalui “tweet-tweet”_ beliau sebelum ini.

“Muhammad Iman di tulisan beliau di Facebook, telah menjelaskan bahawa PAU 2022 yang berakhir pada 14 Januari lalu, telah disusun untuk menyelamatkan Presiden dan Timbalan Presiden Umno Malaysia.

“Saya sebagai bekas Presiden Kelab Umno United Kingdom dan Eire pada tahun 1986 dan telah berdamping dengan pelajar-pelajar Kelab Umno Luar Negara selama lebih daripada 25 tahun, amat dukacita melihat perkembangan ini,” ujarnya.

Menurut Noh, beliau amat bimbang dengan alasan agar parti Umno tidak berpecah maka pindaan Perlembagaan dilakukan agar pemilihan Umno dilakukan 6 bulan selepas Pilihan raya Umum.

“Akhirnya Umno tinggal 26 kerusi Parlimen.

“Sekarang Umno bakal berhadapan dengan PRN di 6 buah Negeri. Alasan yang sama digunakan iaitu mengelakkan pepecahan dalam parti,” kata beliau lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat