Mujahid Saman PAS Berkaitan Dakwaan Sokong LGBT

- Advertisement -

CYBERJAYA – Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memfailkan saman fitnah terhadap PAS berhubung dakwaan bekas menteri agama itu menyokong golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), lapor Malaysiakini.

Memetik laporan itu, Peguam Mujahid telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember tahun lalu.

Tindakan sivil itu dilaporkan berkaitan satu hantaran Facebook pada 16 Oktober lalu, yang merujuk ketika beliau menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-ehwal Agama) ketika pentadbiran PH sebelum ini.

“Menurut kertas kausa yang dilihat Malaysiakini, plaintif iaitu Mujahid menamakan Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku setiausaha agung PAS sebagai defendan.

“Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa Takiyuddin atau PAS dengan niat jahat memuat naik hantaran untuk menjejaskan maruahnya.

“Dia mendakwa hantaran itu memfitnahnya kerana dia tidak pernah menyuarakan sebarang sokongan berkaitan golongan LGBT,” kata laporan itu.

Menurut Mujahid, ketika menjadi menteri, beliau tidak pernah menghalang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan terhadap aktivis LGBT atau kalangan yang terlibat dalam kegiatan LGBT.

Menerusi writ saman yang difailkan, beliau memohon mahkamah mengarahkan Takiyuddin atau PAS membuat permohonan maaf secara terbuka dan disiarkan dalam akhbar harian Bahasa Malaysia serta laman Facebook parti itu, dalam tempoh 14 hari selepas mahkamah membuat keputusan.

“Dia juga memohon mahkamah mengarahkan mereka memadam kenyataan yang didakwa fitnah itu serta gambarnya dalam hantaran Facebook itu, serta mengeluarkan injunksi untuk menghalang mereka daripada mengulangani kenyataan tersebut.

“Dia menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk, kos, kadar faedah tahunan lima peratus daripada pampasan bermula tarikh keputusan sehingga bayaran penuh dibuat, serta relif-relif lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah,” lapor portal itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat