Ingkar SOP: PDRM Bertindak Tegas, Tiada Lagi Budi Bicara – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula bertindak lebih tegas dan tiada lagi kompromi terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga hari lepas, kerajaan telah memberi kelonggaran dan ruang sewajarnya serta PDRM juga masih menggunakan budi bicara dalam mengambil tindakan.

“Hari ini (15 Jan) adalah hari terakhir pihak PDRM menggunakan budi bicara mereka kerana bermula esok (16 Jan) polis akan mula bertindak tegas dan tiada lagi kompromi terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi SOP ditetapkan,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di Wisma Pertahanan di sini.

Ismail Sabri berkata sekiranya orang ramai masih mempunyai kekeliruan berkaitan SOP mereka boleh merujuk kepada laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau menghubungi hotline agensi atau kementerian berkaitan.

Selain itu, semalam pasukan khas operasi pematuhan PDRM telah melakukan sebanyak 45,172 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh negara.

“Sebanyak 3,111 pasar raya, 3,913 restoran, 829 kilang, 1,548 pasar tani/awam dan 2,646 tempat ibadah serta 1,268 tempat riadah telah diperiksa.

“PDRM juga menahan 514 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu 495 orang telah dikompaun manakala 18 direman dan seorang telah dijamin,” katanya.

Mengenai Op Benteng, beliau berkata semalam pihak berkuasa telah menahan 42 pendatang tanpa izin dan merampas sebuah bot serta merampas tiga kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.

“Sebanyak 444 sekatan jalan raya Op Benteng dilaksanakan di seluruh negara melibatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia,” katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Parti Melayu Tak Bermusuh Cuma Pesaing

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa memberitahu parti-parti Melayu tidak bermusuh sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar. Jelas beliau antara UMNO,...

Tiada Krisis Dalam UMNO – Mahadzir Khalid

PADANG TERAP: Tiada sebarang krisis dalam UMNO apatah lagi dalam kalangan pimpinan parti itu berikutan perbezaan pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Hadi Awang Yakin Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi...