PKP: Kelantan Hadkan 12 Jemaah Tunai Solat Jumaat, Fardu

KOTA BHARU – Kelantan mengehadkan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu tidak melebihi 12 orang bermula esok hingga 26 Jan ini bagi masjid di negeri itu, menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai langkah membendung penularan COVID-19 di negeri berkenaan.

Tengku Mohamad Rizam menjelaskan jemaah yang dibenarkan menunaikan ibadat itu terdiri daripada imam tua, imam muda, bilal, siak serta ahli jawatankuasa masjid.

“Bagi surau dan musalla pula bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi lima orang yang terdiri daripada imam, bilal dan tiga orang ahli jemaah sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata bagaimanapun, jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antaranya membuat saringan suhu badan kepada pegawai dan jawatankuasa yang hadir.

“Bagi mereka yang mempunyai bacaan suhu melebihi 37.4 celsius tidak dibenarkan memasuki masjid termasuk mereka yang bergejala seperti batuk, demam, selesema dan sakit tekak. Malah, ahli jawatankuasa yang berusia 70 tahun ke atas juga tidak dibenarkan masuk ke rumah ibadat itu,” katanya.

Beliau turut berkata jemaah hendaklah memakai pelitup muka dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran masjid selain perlu mengamalkan penjarakan fizikal antara jemaah ketika menunaikan solat sekurang-kurangnya satu meter.

“Bagi memastikan kebersihan, penyediaan cecair pembasmi kuman perlu disediakan di pintu-pintu utama untuk kegunaan pegawai dan jawatankuasa ketika masuk dan keluar masjid dan mereka juga diingatkan supaya membawa sejadah serta mengambil wuduk dari rumah masing-masing sebelum ke masjid.

“Kesemua jemaah perlu segera meninggalkan ruang solat setelah selesai menunaikan solat dan khutbah dan solat Jumaat di semua masjid perlu diselesaikan dalam tempoh 20 minit setelah azan Jumaat,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan berkuat kuasa esok hingga 26 Jan, susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 membabitkan kluster dalam komuniti di seluruh negeri itu.

– BERNAMA

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Parti Melayu Tak Bermusuh Cuma Pesaing

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa memberitahu parti-parti Melayu tidak bermusuh sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar. Jelas beliau antara UMNO,...

Hadi Awang Yakin Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi...

Muhyiddin Diberi Peluang Masuk Kaabah, Tunai Umrah

CYBERJAYA — Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di Makkah, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang dan penghormatan oleh pemerintah Arab...