Muhyiddin enggan saman Tun M, terdesak sangatkah nak menang PRU16? – Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi mempertikai keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan saman Tun Dr Mahathir Mohamad susulan video tular yang mendakwa Presiden Bersatu mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah.

Adun Rengit itu mempersoalkan, adakah Muhyiddin begitu terdesak meminta tolong Dr Mahathir untuk menang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)?

“Menuduh Muhyiddin curi duit parti dan simpan di rumah adalah berat. Benar benar memalukan Muhyiddin. Muhyiddin tidak akan saman Tun M. Apakah itu bermakna Muhyiddin terdesak minta tolong Tun M untuk menang PRU16?

“Dan di mana maruah Dr Mahathir jika dia bekerjasama dengan orang yang dia tuduh pencuri?

“Dalam video itu dia sendiri tegur Muhyiddin kerana bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Razak.

“Apakah pendirian Hamzah dan kumpulannya kerana isu ini boleh jadi senjata menggulingkan Muhyiddin,” katanya.

Puad mendakwa, Dr Mahathir dan Muhyiddin menjadikan politik Malaysia semakin toksik.

“Dua dua kena berundur,” gesa Speaker DUN Johor.

Baru-baru ini Muhyiddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah video yang tular bahawa beliau telah mencuri wang parti dan menyimpannya di rumahnya.

Kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, ini adalah tuduhan liar berbentuk sangkaan yang amat tidak berasas sama sekali.

“Walau bagaimanapun saya tetap menghormati Tun Mahathir sebagai orang tua. Saya sendiri telah menyokong usaha-usaha beliau untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu dan hubungan kami adalah akrab.

“Oleh yang demikian, saya tidak berhasrat untuk mengheret beliau ke mahkamah,” ujar Muhyiddin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat