Kerajaan komited naik taraf infrastruktur kawasan Rancangan Belia demi keselesaan rakyat – Arthur Kurup

- Advertisement -

SOOK – Projek menaiktaraf Jalan Rancangan Belia Tiulon ke Kampung Simbuan yang telah berjalan pada penghujung September merupakan salah satu daripada perancangan pembangunan di daerah Sook yang berjaya direalisasikan walaupun berhadapan dengan beberapa rintangan.

Menurut Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup, pelaksanaan projek menaiktaraf ini mencerminkan manifestasi Malaysia Madani yang memberi penekanan kepada aspek keterangkuman, kemampanan dan keadilan sosial terutamanya dalam menyokong pembangunan sosio-ekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera dan makmur.

“Namun begitu hasil kerjasama erat antara Pejabat Daerah Kecil Sook, Jabatan Kerja Raya Daerah Keningau dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi projek tersebut telah berjaya mendapat kelulusan,” kata Arthur melalui satu kenyataan media hari ini.

Projek sejauh 22.85 km merangkumi pembinaan 3 buah jambatan konkrit baharu selain menaiktaraf sistem peparitan untuk mengalirkan air larian permukaan yang sering kali menyebabkan berlakunya banjir di sepanjang jajaran ini.

Pelaksanaan projek akan mengambil masa selama tiga tahun dan dijangka siap pada suku keempat tahun 2027.

Sebanyak 15 kampung dan seramai lebih kurang 3,000 penduduk sekitar akan menerima manfaat daripada pembinaan jalan tersebut.

“Dengan pembinaan projek ini, ianya akan dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan lebih selamat selain mampu menjana peningkatan ekonomi setempat.

Selain memberi manfaat kepada penduduk kampung sekitar untuk mengangkut hasil-hasil tanaman serta memberi kemudahan perjalanan kepada penduduk kampung” katanya Arthur.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kawasan Rancangan Belia Tiulon, Sook sedang pesat membangun hasil daripada pelaksanaan agenda pembangunan yang dirancang.

Jelasnya lagi, dalam tahun ini sahaja sebanyak 4 projek pembangunan telah dilancarkan seperti:

I. Pembinaan bangunan sekolah baharu SK Rancangan Belia Tiulon,
II. Menara telekomunikasi RBT yang telah siap dan pada masa ini memberi perkhidmatan telefon dan internet yang stabil,

III. Projek Pembinaan Tamu RBT baharu yang sedang dalam pembinaan, dan

IV. Projek Menaiktaraf Jalan Rancangan Belia Tiulon – Kampung Simbuan.

Sehubungan itu, sebagai Ahli Parlimen di kawasan pedalaman Sabah, Arthur berharap agar semua usaha pembangunan yang dibawa ini akan mentransformasikan kawasan Rancangan Belia Tiulon hingga ke Kampung Simbuan termasuk 15 buah kampung di kawasan tersebut untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat