KKD dipisah hanya kerana nak ‘simpan’ Fahmi , dakwa KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) tidak sewajarnya dipisahkan tetapi ia berlaku disebabkan faktor politik.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa, langkah kerajaan memisahkan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital hanya bertujuan ‘menyimpan’ Fahmi Fadzil.

” Saya tak suka pemisahan KKD. Saya rasa dia pecah NRECC disebabkan politik, dipecahkan KKD juga disebabkan politik.

“Tujuan, sebab nak simpan Fahmi, itu saja.

“KKD sepatutnya satu kementerian dan sepatutnya diberi sepenuhnya kepada satu individu dalam kes ini Gobind Singh tetapi oleh kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nak selamatkan Fahmi dia terpaksa pecahkan dan bahagi kementerian ini kepada dua kementerian.

“Sebab saya tengok semalam sidang akhbar yang dibuat oleh Fahmi dia menjelaskan apa agensi-agensi yang diberikan kepada Kementerian Digital yang baru di bawah Gobind, Kabinet bagi MDEC, agensi perlindungan data peribadi dan agensi berkait dengan domain .my.

“SKMM kekal di bawah Kementerian Komunikasi dan DNB belum lagi diputuskan,” kata Khairy dalam podcast Keluar Sekejap pada Jumaat.

Beliau malah mempersoalkan, kenapa perlunya wujudkan satu kementerian lagi.

“Ini kerana bila wujudkan kementerian, bukan hanya perlu Gobind Singh sahaja sebagai menteri tetapi cabang-cabang birokrasi yang lain seperti KSU, TKSU dan SUB.

“Jumlah menteri penuh hampir sama dengan kerajaan sebelum ini,kurang satu saja.

“Saya berpendapat bahawa jika tidak kerana Fahmi Fadzil kita dapat menjimatkan satu kementerian
oleh kerana Fahmi Fadzil lah kita terpaksa mewujudkan satu lagi kementerian untuk selamatkan beliau.

“Pecah NRECC dan pecah KKD ini saya tak suka,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Khairy berpendapat rombakan Kabinet ini lebih banyak benda yang bagus daripada benda yang tak bagus.

“Memang perkara yang diperlukan rombakan Kabinet walaupun ada yang mungkin menyatakan bahawa satu tahun itu agak singkat sebelum dilakukan rombakan Kabinet biasanya dua tahun.

“Mungkin Datuk Seri Anwar Ibrahim buat sebab setelah melihat kepada keadaan politik semasa beliau rasa bahawa kerajaan ini dah mula ‘drift’ dah mula tak ada satu hala tuju yang jelas dan perlu kepada usaha untuk membawa semangat dan nafas baru .

“Mungkin beliau berpandangan “kalau kamu tak perform saya akan singkirkan ataupun saya akan tukar portfolio”.

“Saya rasa mungkin PM buat rumusan tersebut disebabkan mungkin dia rasa dari segi politik ada perasaan seolah-olah tidak ada ‘grip on the situation’ daripada jemaah menteri dan inilah salah satu senjata yang ada pada Perdana Menteri… mana-mana Perdana Menteri dalam sistem Kabinet untuk memberi satu nafas yang baru yang segar dan memberi momentum,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat