Biar Saya Seorang Sahaja Dilucut Keahlian Umno – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah meminta agar kesemua ahli jawatankuasa Umno bahagian dan cawangan Ketereh di 4 peringkat untuk terus kekal berada dalam parti.

Akur dengan keputusan UMNO yang memecat keahliannya baru-baru ini, beliau memberitahu perkara itu tidak memberi kesan terhadap ahli keluarganya yang masih setiap bersama Umno.

“Saya tidak mempertikai keputusan presiden parti dan MKT untuk melucutkan saya sebagai ahli dengan berlapang dada.

“Saya telah bertemu dengan jawatankuasa umno bahagian 4 peringkat ketereh dan semua ketua cawangam 4 peringkat, untuk meminta mereka jangan meninggalkan Umno.

“Begitu juga walau saya dilucutkan sebagai ahli umno, tetapi isteri, anak dan keluarga saya, ahli umno cabang yang lebih 300 adalah adik beradik dan sanak saudara Saya, Insyallah mereka kekal sebagai ahli umno,” katanya semasa sidang media di Pejabat Perhubungan Muafakat Nasional hari ini.

Walau bagaimanapun jelasnya, beliau akan meneruskan idealisme politik tanpa parti dengan menggunakan platform yang dapat membantu usaha membina bangsa.

“Saya kekal dengan prinsip, menjadi ahli itu sebagai satu formaliti, Tapi perjuangan tak berasaskan kepada ahli. Ada orang jadi ahli tapi tak menyumbang kepada parti,” katanya.

Sebelum ini Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau sudah menerima surat rasmi pelucutan keahliannya daripada Umno.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan diterimanya itu hanya menyatakan peruntukan peraturan yang didakwa dilanggarnya.

Namun Annuar berkata, surat tersebut tidak menyatakan secara spesifik perbuatan atau tuduhan terkait dengannya sehingga dikenakan tindakan sedemikian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat