Fadhlina akan teruskan dasar KPM sedia ada

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu, beliau akan meneruskan dasar pendidikan yang sedia ada.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan melakukan beberapa penambahbaikan bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Saya mendapati ada beberapa (boleh dilakukan) penambahbaikan daripada aspek proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan yang perlu dilaksanakan.

“Aspirasi KPM sudah cukup jelas, oleh itu setiap perkara yang hendak diputuskan perlu diteliti dan dikaji secara berhemah dan budaya ini akan terus dibawa oleh KPM.

“Sehubungan itu, kementerian akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, pada sidang media sama, Fadhlina turut memberitahu, pihaknya jiha akan mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak dan mengambil pendekatan melalui konsultasi dan musyawarah.

Katanya, ia bagi memastikan ekosistem pendidikan dapat dilaksana mengikut proses yang ditetapkan.

“KPM akan mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak seperti Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM), serta pihak berkepentingan lain,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat