Isu UEC Akan Lihat Dulu, Ini Bukan Kerajaan PH Semata-Mata, Kata Fadhlina

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melihat isu-isu berbangkit antaranya melibatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dari semasa ke semasa.

Ini kerana, menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ketika ini beliau dan kementeriannya mahu memberi tumpuan tentang isu cabaran ekonomi dan kos sara hidup melibatkan para pelajar.

“Isu utama kerajaan hari ini ialah mengenai cabaran ekonomi dan kos sara hidup.

“Apa-apa isu berkait rapat atau yang sedang dibangkitkan, kita akan lihat dari semasa ke semasa,” ujarnya dalam sidang media khas Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Menteri, Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkhairuddin Ghazali.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan melihat semula dan mengiktiraf sijil UEC memandangkan ia terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, mengulas lanjut, Fadhlina memberitahu, meskipun perkara tersebut ada dalam manifesto, namun kerajaan yang dibentuk hari ini bukan hanya terdiri daripada PH.

“Walaupun ada dalam manifesto, kita akan lihat juga. Sebab ini kerajaan perpaduan bukan PH semata-mata,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, PH menerusi manifesto mereka memaklumkan akan mengiktiraf sijil UEC.

Dalam manifestonya, PH berkata mereka akan meneruskan usaha mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat