Pendapatan negara mesti disucikan daripada sumber judi, tiru Kedah – Pemuda PAS Pulau Pinang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharap mempunyai keberanian dan keazaman politik untuk mengambil langkah sama seperti Kerajaan Negeri Kedah dengan menghentikan lesen baru premis judi, cadang Pemuda PAS Pulau Pinang.

Ketuanya, Mohamad Fawwaz Mohamad Jan berkata, kantung pendapatan kerajaan dan negara mesti disucikan daripada sumber judi dan arak dan lesen berkaitan mesti ditamatkan dan dihapuskan.

“Kita percaya cita-cita murni mewujudkan Keluarga Malaysia hanya akan dapat direalisasikan antaranya dengan menghapus punca penyebab kepada masalah-masalah masyarakat.

“Lebih banyak duri dibuang di jalanan, akan lebih laju kita semua dapat melangkah dan selamat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bukan itu sahaja, Mohamad Fawwaz berharap Kerajaan Negeri Kedah tidak melayan pihak yang menentang langkah menghentikan lesen baharu premis judi terbabit khususnya pihak yang cuba memanaskan isu itu dengan menjebaknya ke kancah perkauman dan politik sempit.

Hal ini kerana katanya, tindakan Kedah itu adalah usaha besar dalam menyelesaikan kemelut, masalah dan penyakit sosial serta rantaian jenayah dalam kalangan manusia dan negara.

“Setidak-tidaknya di sebalik aktiviti judi dan arak yang dilesenkan wujud lebih banyak perjudian dan arak secara haram dengan terselindung pelbagai masalah dan jenayah lain.

“Oleh itu, langkah Kerajaan Negeri Kedah adalah usaha mengekang dan membendung kebejatan telah sedia membarah,” katanya.

Dalam masa sama tambah beliau, pihaknya berharap segala tentangan dan kritikan ekoran keputusan itu tidak dirasakan Kerajaan Negeri Kedah bersendirian.

“Kita yakin majoriti rakyat yang waras menyokong penuh keputusan tersebut demi melihat kehidupan rakyat lebih baik dan negara ini aman dari belenggu judi dan arak,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat