77.5 peratus peminjam dah bayar PTPTN – Noraini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menerima 77.5 peratus bayaran balik yang membabitkan nilai sebanyak RM15.5 bilion bayaran balik sehingga 30 September 2021.

Pun begitu menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, dengan seramai 2.4 juta peminjam telah pun menamatkan pengajian mereka, PTPTN sepatutnya menerima hampir RM24.6 bilion sebagai bayaran balik pinjaman.

“Setakat ini, 77.75 peratus peminjam telah mula bayar balik, dengan jumlah hampir 800,000 peminjam selesai bayar, dengan kira-kira 400,000 sedang membuat bayaran balik secara konsisten mengikut jadual pembayaran manakala kira-kira 700,000 lagi membuat bayaran balik tetapi tidak konsisten.

“Secara keseluruhan, RM15.5 bilion telah berjaya dikutip oleh PTPTN,” katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) berhubung status pembayaran terkini jumlah tunggakan peminjam PTPTN.

Ketika ditanya sejauh mana kemampuan PTPTN untuk memberi pinjaman pada masa akan datang, Noraini memberi jaminan bahawa PTPTN boleh terus memberikan pinjaman dengan memastikan para peminjam dapat membuat bayaran balik dengan konsisten.

“Modal pembiayaan yang digunapakai oleh PTPTN bergantung kepada prestasi bayaran balik sebagai sumber utama dana bagi membiayai pinjaman sedia ada dan pembiayaan baharu.

“Oleh itu, kita dapati pemberian insentif seperti diskaun bayaran balik berjaya menarik minat pinjaman untuk membuat bayaran balik kepada PTPTN,” katanya yang merujuk kepada diskaun PTPTN yang ditawarkan menerusi Bajet 2022.

Dalam pada itu, Noraini menegaskan bahawa PTPTN tidak akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana peminjam yang gagal membuat bayaran balik, sebaliknya menggunakan pendekatan lebih mesra, dengan memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik.

“PTPTN mesra dengan peminjam dan sentiasa bersedia untuk membuat rundingan dengan peminjam bagi membantu mereka membuat bayaran balik mengikut keupayaan kewangan peminjam.

“Tindakan undang-undang merupakan pilihan terakhir yang akan dipertimbangkan oleh PTPTN setelah semua usaha yang dilaksanakan untuk membantu peminjam membuat bayaran balik gagal.

“Tetapi PTPTN sentiasa terbuka dan prihatin atas setiap kekangan dihadapi peminjam, malah peminjam boleh menghubungi PTPTN bila-bila masa bagi membincangkan kaedah terbaik mengikut kemampuan mereka dalam membuat bayaran balik,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) berhubung bilangan individu yang dihadapkan ke mahkamah kerana kegagalan membayar pinjaman PTPTN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat