Shakir Hamzah Tinggalkan Kedah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pemain pertahanan Kedah, Shakir Hamzah mengesahkan meninggalkan pasukan itu selepas beraksi selama dua musim.

Menerusi laman Instagram miliknya, pemain kebangsaan Singapura itu turut berterima kasih kepada Kedah kerana memberi kepercayaan kepada sepanjang bersama pasukan itu.

“Buat masa ini saya belum lagi bersedia untuk menjawab sebarang persoalan. Tapi yang pasti ini musim terakhir saya di bumi Kedah.

“Walaupun saya amat terkilan dengan keputusan yang di buat coach namun saya terima bahawa rezeki saya hanya sampai di sini dengan pasukan hebat seperti Kedah. Khidmat saya sampai disini saja,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan diatas tunjuk ajar pemain senior dan muda ketika bersama Kedah.

“Kerana tunjuk ajar mereka saya menjadi seorang pemain yang lebih matang dan sangat berdisiplin dari sebelumnya. Pengalaman yang sangat berharga ini saya akan ingat sampai bila-bila.

“Terima kasih seluruh rakyat Kedah. Anda yang terbaik yang pernah saya jumpa. Terima kasih kerana terima saya dan keluarga dengan baik selama dua tahun. Terima kasih pihak pengurusan yang sentiasa menitik beratkan kebajikan saya dan keluarga disini dan melayan saya dengan baik sekali.

“Terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan, kenalan luar dan terima kasih yang tak terhingga buat fans Kedah, InshaAllah kalau ada jodoh kami bertemu lagi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat