Pengurusan Oldtown Nafi Produknya Ada Daging Babi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Oldtown White Coffee menafikan khabar angin serta dakwaan bahawa produk-produk di premis makanan itu mengandungi daging babi.

Menerusi kenyataan di Facebook, OldTown White Coffee menegaskan tuduhan dalam video yang tular di media sosial itu juga sama sekali tidak benar.

“Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua premis kami telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada pihak berkuasa sejak 2010.

“Perniagaan kami amat mengambil serius tentang peraturan serta persijilan Halal dan memastikan semua bahawa bahan di dalam makanan dan minuman tidak menganungi daging babi atau elemen tidak halal,” kata pengurusan premis itu.

Kata kenyataan itu lagi, wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah datang ke premis berkenaan untuk membuat pemeriksaan berkaitan tuduhan itu dan mengesahkan bahawa ia tidak benar.

Pengguna juga diminta merujuk kenyataan Jakim yang telah mengesahkan bahawa tuduhan berkenaan palsu, selain sijil halal OldTown White Coffee pula boleh didapati di Portal Rasmi Halal Malaysia.

OldTown juga menggesa warga net supaya berhenti dairpada menyebarkan berita palsu dan pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan itu.

Sebelum ini, media melaporkan KPDNHEP Selangor memeriksa dan merampas bahan mentah berupa daging ayam, di sebuah restoran terkenal di Subang Jaya semalam, susulan tular sebuah video mendakwa mi kari yang dijual premis itu mengandungi daging babi.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pemeriksaan dijalankan lima anggota penguat kuasa itu, bagaimanapun mendapati restoran berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sah sehingga 30 November ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat