Jangan Sesuka Hati Pacak Gerai – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Peniaga yang berhasrat menyertai skim Wilayah Bebas Berniaga (WBB) diingatkan tidak sesuka hati memilih tempat untuk dijadikan lokasi gerai sementara mereka, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi pemohon yang ingin berniaga.

“Bukan semua tempat boleh ‘dipacak’ gerai dan pemberian lesen penjaja sementara secara percuma selama enam bulan itu tidak bermaksud ‘free-for-all’ (bebas apa sahaja),” katanya.

Terdahulu, Annuar hadir menyerahkan lesen penjaja kepada beberapa peniaga di Jalan 2/76D, Desa Pandan, Kuala Lumpur sambil meninjau pelaksanaan WBB di sekitar kawasan itu.

Mereka adalah antara 11 peniaga asal di tapak berkenaan yang mana premis tersebut pernah musnah dalam kebakaran sebelum dibina semula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Annuar memaklumkan, beliau sendiri terperanjat apabila difahamkan kawasan itu kini menempatkan 20 peniaga berlesen dan lebih 50 lagi tanpa lesen.

“Mungkin ramai mengambil peluang daripada skim WBB yang bermula hari ini namun saya ingin tegaskan DBKL masih menetapkan garis panduan untuk dipatuhi pemohon,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, DBKL menerusi laman sesawang rasminya turut memaparkan peraturan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan penjaja terbabit bagi tujuan kawal selia.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di tiga wilayah itu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyelaraskan lokasi penjaja.

“Kita faham PBT pun tidak cukup ‘tangan’ menguruskan isu ini, maka saya berharap MPP dapat bantu terutama pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” tegasnya.

Tambahnya, peniaga yang ingkar garis panduan itu akan diberi peringatan kali pertama oleh penguat kuasa PBT terbabit disusuli kali kedua sebelum arahan penutupan.

“Lembah Klang masih catat kes pandemik Covid-19 yang agak tinggi. Jjika teruk, saya bimbang ada perintah berkurung sepenuhnya dan semua langsung tidak dapat berniaga,” katanya.

Menyentuh mengenai WBB, beliau mengakui sambutan diterima amat baik, malah difahamkan ramai penduduk dari negeri sekitar yang turut berminat menyertai skim tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat