Pertuduhan Rasuah RM6.3J Ke Atas Supol Mohd Sabu

Malaysia Konsisten Kedaulatan Palestin Perlu Dipertahankan -Hishammuddin

KUALA LUMPUR:  Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn, berkata pendirian Malaysia tetap konsisten dan tidak berganjak menyokong hak rakyat Palestin untuk memiliki...

PKR Tetap Mahu Kembalikan Mandat Rakyat, Hormat Pendirian UMNO

KUALA LUMPUR - PKR tetap akan mengekalkan usaha mengembalikan mandat rakyat meskipun menghormati pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung gencatan politik. Setiausaha...

Hukuman Berat Pemandu Mabuk Berkuatkuasa Jumaat Ini – Dr Wee Ka Siong

PETALING JAYA - Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya khususnya pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah...

Addy Kanna, Goh Leong Terlibat Sindiket Macau Scam, Judi Online – Polis

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang...

Bekalan Air Di Hulu Selangor dan KL Pulih Sepenuhnya – Air Selangor

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di kawasan Hulu Selangor dan Kuala Lumpur telah pulih sepenuhnya. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan...

Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima tudunan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM6.3 juta.

Mohd Azhar Che Mat Dali, 49, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Azhar didakwa meminta suapan RM5 juta daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin, sebagai upah membantu syarikat itu untuk dipilih sebagai menjadi Rakan Strategik dan Kontraktor Senggaran Bagi Peralatan Perisikan Sistem Prisma Direktorat Peperangan Informasi (DPI) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementerian Pertahanan Malaysia.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel Le Apple Boutique, Jalan Ampang, Kampung Baru, pada 22 Julai 2019 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, Mohd Azhar didakwa menerima RM1.35 juta daripada Elias melalui Pengarah Syarikat Ikaira Resources, Zainudin Abdul Majid dan Pengarah Syarikat Aqsa Solutions Sdn Bhd, Ahmad Hisham Mohd Tajuddin bagi tujuan sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Pertahanan di Jalan Bellamy dan beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya antara September 2019 dan Februari 2020 dan didakwa mengikut seksyen sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat, menawarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambah perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya pada setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang berhubung atau menganggu dengan saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Ariff Azami Hussein, memohon dibenarkan jaminan rendah dengan alasan mempunyai isteri dan tujuh anak serta perlu menanggung ibu mentua.

“Tertuduh kini tidak bekerja dan dua anaknya masih bersekolah selain sudah memberi kerjasama yang baik sejak ditahan oleh SPRM.

“Tertuduh juga hanya dimaklumkan semalam bahawa akan dituduh hari ini dan hanya mampu mengumpulkan RM30,000, selain tidak mempunyai risiko melarikan diri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin selain perlu melaporkan diri bermula November ini di pejabat SPRM pada setiap bulan serta pasport diserahkan sehingga kes selesai.

Mahkamah turut memerintah tertuduh dilarang menganggu saksi pendakwaan dan menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh membayar separuh jumlah jaminan hari ini, manakala selebihnya dibayar pada minggu hadapan.-BERITA HARIAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Malaysia Konsisten Kedaulatan Palestin Perlu Dipertahankan -Hishammuddin

KUALA LUMPUR:  Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn, berkata pendirian Malaysia tetap konsisten dan tidak berganjak menyokong hak rakyat Palestin untuk memiliki...

Addy Kanna, Goh Leong Terlibat Sindiket Macau Scam, Judi Online – Polis

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang...

Mana ‘rotan abah’, Tanya DAP

Kuala Lumpur - DAP membidas keputusan Peguam Negara terhadap kes yang melibatkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi PAS, Mohd Khairudin Aman Razali. Ahli Parlimen DAP...