Kit Siang letak syarat untuk kerjasama dengan Najib

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pemimpin veteran DAP, lim Kit Siang meletakkan syarat sekiranya ingin menjalinkan kerjasama politik bersama bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menurut Kit Siang antara syarat yang di tetapkan ialah memastikan prinsip dan objektif negara diletakkan sebagai keutamaan.

“Kenyataan ini adalah kenyataan bersyarat, di mana prinsip dan objektif negara diberikan keutamaan. Ya, saya bersedia untuk bekerjasama dengan Najib untuk menyelamatkan Malaysia

“Tetapi bagaimanakah perkara ini hendak dilakukan jika beliau tidak bersedia mengakui mengenai skandal 1MDB?” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Kit Siang turut menjelaskan laporan yang dikeluarkan oleh portal ‘The Coverage’ adalah merupakan kenyataannya pada empat tahun lalu

“Laporan portal The Coverage ini telah tular di media sosial, dengan objektif untuk mengatakan yang saya bersetuju untuk DAP bekerjasama dengan Najib Razak dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Muhyiddin.

“Ini adalah kerja “pemengaruh” media sosial dengan sokongan tentera siber mereka untuk menyebarkan berita dan tanggapan palsu.

“Laporan ini sebenarnya adalah laporan daripada akhbar Malay Mail yang bertarikh 12 Mac 2016, semasa Najib masih lagi merupakan seorang Perdana Menteri, sejurus selepas saya menandatangani Deklarasi Rakyat pada Mac 2016 untuk Menyelamatkan Malaysia,” katanya lagi.

Ahli parlimen Iskandar Puteri itu turut menjelaskan negara ketika ini berdepan dengan cabaran untuk mewujudkan inspirasi untuk semua lapisan masyarakat.

“Cabarannya adalah sama ada kita mampu untuk memberikan inspirasi kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, latar belakang politik, kelas, umur, mahupun jantina, untuk bersama “Selamatkan Malaysia” — selepas kegagalan usaha menyelamatkan Malaysia sebelum ini,” katanya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat