Penafian Khairuddin Tambah Misteri Pertemuan Tun Mahathir dan Ku Li

- Advertisement -

CYBERJAYA – Khabar angin bahawa ada kerjasama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaliegh Hamzah bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri makin tular setelah tersebar gambar pertemuan kedua-dua pemimpin politik terbabit.

Malahan usaha orang kanan Tun Mahathir, Khairuddin Abu Hassan, untuk menafikan pertemuan turut menghairankan banyak pihak.

Khairuddin melalui akaun Facebooknya sebentar tadi menyatakan “saya baru terlihat gambar yang sedang tular dalam media sosial pada hakikatnya merupakan sekeping gambar lama yang diambil lebih kurang empat tahun yang lepas. Kalau tak silap saya itu merupakan gambar pada bulan syawal beberapa hari selepas menyambut hari raya aidil fitri. Ini bukan gambar baharu!”

Bagaimanapun penafian tersebut dipertikaikan banyak pihak kerana jelas dalam gambar tersebut Khairudin dan Tun Mahathir membawa topeng separa muka (face mask) yang menjadi SOP pertemuan pada masa kini.

Sejak beberapa hari ini tampak wujud percaturan politik baharu apabila Dr Mahathir dikatakan cuba menghalang usaha Anwar menjadi Perdana Menteri dengan mewujudkan blok baharu bersama Ku Li.

Ku Li dikatakan tokoh baharu yang mampu menjadi Perdana Menteri sementara untuk menyatukan ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Gabungan Rakyat Sarawak (GPS), Warisan dan kumpulan Dr Mahathir.

Terdapat juga khabar angin bahawa Ku Li telah dipanggil mengadap Yang Di Pertuan Agong semalam, bagaimanapun tiada sebarang makluman rasmi mengenai pertemuan tersebut.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat