AMK dah jadi Angkatan Monitor Umno? – Fadzmel tempelak AMK setiap hari tunggu apa Umno cakap

KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Fadzmel Fadzil mempersoalkan sama ada Angkatan Muda Keadilan (AMK) sudah bertukar Angkatan Monitor Kerja (AMK) Umno?

Fadzmel menempelak, kalau betul mahu sayap muda PKR itu mahu memperjuangkan anak muda, bercakaplah tentang kos sara hidup, pekerjaan, gaji, rumah dan masa depan mereka.

“Jangan setiap hari tunggu apa Umno cakap semata-mata untuk dapat perhatian politik je. Boleh ajar fake ceplos yang beribu-ribu tu cerita soal rakyat. Teruk terpesong dah ni.

“Korang ni Angkatan Muda Keadilan ke Angkatan Monitor Kerja (AMK) Umno?

“Tiba-tiba AMK dan jentera AI-nya bertubi-tubi bina naratif Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nak jadi PM dan cuba untuk calarkan kredibiliti Datuk Zahid walaupun diam seribu bahasa sebelum ini.

“Lagi menggelupur lepas KJ sebut ucapan Zahid seolah ucapan PM-in-waiting. Lepas tu triggered.

“Macam inilah dik. Biar aku explain sikit. Sebelum AMK sibuk nak mengajar Zahid soal integriti, elok faham dulu sejarah kes yang korang dok ulang macam kaset rosak itu,” bidasnya.

Menurut Fadzmel yang juga Ketua Pemuda Setiawangsa, kes-kes terhadap Zahid bermula selepas PRU14, ketika negara menyaksikan pelbagai dakwaan mengenai selective political prosecution terhadap pemimpin pembangkang ketika itu.

“Malah isu campur tangan politik dan pendakwaan terpilih turut menjadi polemik besar selepas memoir bekas Peguam Negara, Tommy Thomas. Adik kenal tak Tommy Thomas?

“Kemudian dalam kes Datuk Zahid, pihak pendakwaan sendiri memohon DNAA selepas meneliti representasi dan menyatakan terdapat perkara yang memerlukan siasatan lanjut.

“Maksudnya mudah. Malas nak tulis panjang-panjang. Keputusan itu dibuat melalui proses undang-undang dan institusi Peguam Negara – bukan oleh Umno, bukan oleh Datuk Zahid dan bukan oleh fake ceplos di media sosial.

“PMX korang sendiri berkali-kali kata bahawa Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan profesional Peguam Negara, kan? Jadi kalau AMK masih mahu mempertikaikannya, apa sebenarnya yang AMK cuba katakan? Adakah AMK tidak percaya kepada Peguam Negara?

“Atau AMK tidak percaya kepada kenyataan Presiden parti sendiri bahawa kerajaan tidak campur tangan? Pilih satu.

“Berkenaan proses mahkamah yang masih berjalan, biarlah mahkamah membuat keputusan. Kalau AMK sendiri kata mahu menghormati proses undang-undang, jangan pula dalam masa yang sama menjatuhkan hukuman politik terlebih dahulu.

“Kami semua tahu itu taktik yang tengah dimainkan sekarang. Hormat undang-undang, dik. Jangan sebab Presiden parti korang tengah ada kuasa, korang rasa boleh buat semua ikut suka.

“Satu lagi. Boss korang pun pernah melalui proses pendakwaan, sabitan dan pemenjaraan sebelum menerima pengampunan diraja,” tempelak Fazmel.

Ujar beliau, ketika melibatkan pemimpin sendiri, AMK minta rakyat menghormati proses, pengampunan dan institusi. Tetapi apabila melibatkan pemimpin Umno, tiba-tiba proses yang sama mahu dipertikaikan.

“Itulah double standard. Last aku nak tanya, dik. AMK ni tak ada kerja lain ke selain pantau Umno 24 jam?

“Hari itu Dr Asyraf Wajdi, korang sibuk. Lepas tu Dr Akmal, sekarang Datuk Zahid? katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat