Yang di-Pertua Pulau Pinang Tarik Darjah Kebesaran Najib

- Advertisement -

Pulau Pinang: Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Hj Abd Razak menarik Darjah Kebesaran bekas Perdana Menteri ke-6, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Menerusi kenyataan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mohd Zakuan Haji Zakaria berkata, Tuan Yang di-Pertua bersetuju untuk membatalkan dan dimansuhkan keahlian Darjah Kebesaran Pulau Pinang bekas Perdana Menteri itu.

“Adalah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertua Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Hj Abd Razak dengan ini bersetuju untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan iaitu YB Dato; Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak telah dikurniakan keahlian Darjah Utama Pengkuan Negeri (D.U.P.N) yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama pada tahun 2009,

“Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap beliau atas beberapa tuduhan,

“Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyadang Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N) yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan berkuatkuasa 15 September 2022.” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pembatalan dan pemansuhan keahlian adalah selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat