Terancam PN Diterima Rakyat, Pihak Lawan Pertikai Pendaftaran – Hamzah

- Advertisement -

KOTA KINABALU -Pihak yang mempertikai pendaftaran Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai langkah terdesak dan ketandusan isu dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang baru bermula.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata bukan saja pendaftaran parti itu diluluskan, malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga turut meluluskan logo parti itu.

“Pihak tersebut sebenarnya bimbang dan terancam apabila melihat penerimaan baik rakyat terhadap PN kebelakangan ini.

“Selaku Setiausaha Agung PN, saya ingin menegaskan bahawa pendaftaran PN telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 7 Ogos 2020 dan teratur mengikut Akta Pertubuhan 1966 seperti dilampirkan.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah meluluskan permohonan pendaftaran logo PN untuk digunakan sebagai lambang di atas kertas undi dan semua calon PN yang bertanding menggunakan logo PN telah diumumkan layak untuk bertanding pada hari penamaan calon 12 September 2020 lalu,” katanya memetik laporan Malaysiakini, malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri turut melampirkan surat SPR yang meluluskan logo PN.

Surat berkenaan ditandatangani Setiausaha Bahagian (Perjalanan Pilihan Raya), Zakuan Abdul Halim yang antara lain memaklumkan kelulusan permohonan pengunaan logo PN.

SPR juga memaklumkan kebenaran logo berkenaan digunakan dalam mana-mana pilihan raya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat