Pesalah Pencemaran Sungai Gong Dihukum Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pesalah yang mengakibatkan pencemaran di Sungai Gong, Rawang akan dijatuhkan hukuman hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, pelaku yang menyebabkan pencemaran Sg Gong akan dituduh oleh Timbalan Pendakwa Raya hari ini di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah kesalahan
Seksyen 430 kanun keseksaan dan Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Insya-Allah, kes pencemaran Sungai Gong akan dituduh oleh Timbalan Pendakwa Raya hari ini di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah kesalahan Seksyen 430 kanun keseksaan dan Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” ciap Tuan Ibrahim di Twitternya, hari ini.

Minggu lalu beliau menyerahkan kertas siasatan pencemaran di Sungai Gong, kepada Jabatan Peguam Negara.

Tuan Ibrahim berkata, siasatan dilakukan secara bersama oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Dalam siasatan berkenaan beliau berkata, JAS dan SPAN mengambil kira peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membolehkan pengurusan tertinggi syarikat yang mencemar diseret ke muka pengadilan.

“Merujuk kepada Seksyen 43, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, selain daripada syarikat yang dituduh, Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus atau lain-lain yang seumpamanya boleh juga dituduh atas kesalahan yang dilakukan bawah akta ini.

Awal September lalu, sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang membabitkan 1.2 juta akaun mengalami gangguan bekalan air, berikutan pencemaran sumber air di Sungai Gong.

Ini ekoran pencemaran minyak dari kilang mengakibatkan beberapa loji dihenti tugas.

Susulan kejadian itu, enam orang termasuk empat pengurus kilang dan dua pekerja turut direman bagi membantu siasatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat