PN Boleh Bertanding, Guna Lambang – SPR

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan tiada halangan bagi parti-parti di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 di bawah tiket gabungan itu.

SPR juga telah meluluskan penggunaan lambang PN untuk digunakan oleh parti-parti gabungan berkenaan ketika berkempen sepanjang PRN ini berlangsung.

Unit Komunikasi Korporat SPR dalam satu kenyataan media memperjelaskan kekeliruan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu mengenai status pendaftaran PN.

“Sehubungan itu, merujuk kepada kenyataan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), PN sudah didaftarkan dengan sijil pendaftaran bernombor PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani ROS berkuat kuasa pada 7 Ogos lalu.

“PN telah didaftarkan di bawah kategori politik, selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335),” kata SPR.

Semalam, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman mendakwa sehingga ke saat ini parti PN masih belum berdaftar di bawah ROS.

Beliau berkata, kegagalan ini bermakna semua calon yang bertanding pada PRN Sabah di atas bendera PN haruslah dibatalkan.

“Setakat jam 2.22am, 14 September 2020, tiada rekod berkaitan berjaya dipaparkan.

“Semakan seterusnya keatas nama ‘Perikatan Nasional’ atau ‘Prikatan Nasional’ turut tidak menemui sebarang rekod daftar.

“Justeru itu saya menggesa ROS untuk memberikan pencerahan apakah status pendaftaran Parti Perikatan Nasional,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat