#PRNSabah: Bung Moktar Terima Kejutan Di Sukau

- Advertisement -

SUKAU: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang sedang berkempen untuk kemenangan BN di DUN Sukau, dikejutkan dengan sambutan hari kelahiran beliau yang ke-62 oleh jentera parti di sini.

Beliau dilahirkan pada 15 September 1958 di Kg Bilit, Sukau.

Bung Moktar yang turut diiringi calon N59 DUN Sukau, Datuk Jafry Hj Ariffin, berkesempatan memotong kek sambutan harijadi yang disediakan untuk beliau.

Dalam ucapannya, Bung Moktar menekankan kepentingan untuk pengundi disini terus memberikan sokongan kepada Jafry yang juga merupakan anak tempatan Sukau.

Menyingkap kontroversi UMNO Sabah yang membawa kepada perlantikan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri pada tahun 2018, Bung Moktar memberi pengiktirafan beliau kepada Jafry yang sentiasa di belakangnya dalam usaha memulihkan semula UMNO Sabah.

Baik sebagai Timbalan Ketua Bahagian Kinabatangan, mahupun sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri.

Bung Moktar meminta semua pengundi di Sukau untuk menganggap politik ini sebagai satu perjalanan yang panjang. Jika BN berjaya memerintah Sabah, bantuan kebajikan kepada rakyat akan dinaikkan lebih tinggi daripada apa yang diberikan kerajaan negeri sekarang.

Tidak terkecuali aspek pembangunan ekonomi yang akan turut diberi perhatian oleh pentadbiran negeri yang baru.

Tentang kerusi bertindih dimana berlaku persaingan sesama sendiri antara calon BN dan Perikatan Nasional (PN), Bung Moktar berkata tindakan itu kerana kehendak rakyat di kawasan berkenaan yang mahu melihat BN bertanding di kawasan tersebut.

Jafry pula dalam ucapannya sebelum itu berkata beliau berharap jentera UMNO/BN di Sukau dapat meneruskan kerja keras demi kemenangan parti di Sukau.

Tidak lupa, beliau mengucapkan syukur kepada Allah swt dan terima kasih kepada kepimpinan parti kerana memberi peluang kepada beliau untuk mewakili parti di Sukau.

BN kata beliau telah terbukti berjaya membangunkan negara, negeri dan kawasan Sukau ini walaupun terhenti sekejap pada tahun 2018. Beliau berjanji untuk membangunkan Sukau lebih baik dari kerajaan sekarang, sekiranya diberi mandat dalam pilihanraya negeri kali ini.

Berkenaan kontroversi perumahan di kawasan Sukau yang dijadikan isu oleh parti lawan, Jafry berjanji akan membawa pihak bertanggungjawab dari kerajaan pusat sendiri untuk menerangkan tentang masalah tersebut kepada rakyat disini – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat