Parti Menang Banyak Kerusi Layak Lantik Ketua Menteri

- Advertisement -

PUTATAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakan sekutu dalam Gagasan Rakyat Sabah untuk memenangkan gabungan itu terlebih dahulu sebelum bertikam lidah soal calon Ketua Menteri Sabah.

Beliau menegaskan, Gagasan Rakyat Sabah sekurang-kurangnya wajib memenangi 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 September ini.

Hal demikian, kata Presiden UMNO itu parti yang memperolehi paling banyak kerusi akan dipilih menjadi calon Ketua Menteri Sabah.

“Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan jangan cakap siapa jadi calon Ketua Menteri, kita bagi menang dulu.

“Kita bagi menang dulu sekurang-kurangnya 37 kerusi, kalau nasib baik(menang) baru kita berunding dikalangan Adun-adun.

“Masa itu baru pilih, parti mana dalam (Gagasan Rakyat Sabah). Kerusi parti paling banyak akan jadi Ketua Menteri.

“Saya bukan nak riak, kita berusaha, bekerja dulu. Ingat kerusi paling banyak, layak pilih Ketua Menteri,” tegas Ahmad Zahid.

Dalam perkembangan sama, ditanya mengenai gesaan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mencadangkan nama Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor, dilantik sebagai Ketua Menteri jika gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Ya asasnya, apabila kita langgar garisan merah dan dapat 37 kerusi baru kita layak bentuk kerajaan negeri. Dalam hal ini jangan terlampau yakin, rakyat akan tolak kita.

“Apa yang penting kita kecap kemenangan dahulu supaya kita dapat berunding sebaiknya. Jangan masuk perangkap yang dipasang oleh musuh politik kita,”katanya.

Ahmad Zahid memberi keyakinan bahawa rakyat Sabah akan mendapat seorang Ketua Menteri yang terbaik.

“Menang dulu 37 kerusi, jangan mendahului hukum Allah dan pendirian ini akan dihormati oleh semua pihak,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat