Orang Ramai Tak Perlu Panik, Hawar Berdarah Tak Jangkiti Manusia – Veterinar

- Advertisement -

SHAH ALAM – Penyakit hawar berdarah atau Haemorrhagic Septicaemia (HS) yang disyaki dikesan melibatkan lebih 30 ekor kerbau di Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu tidak berisiko berjangkit dengan manusia.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini dan menasihatkan orang ramai agar tidak panik.

“Penyakit HS adalah penyakit bukan zoonotik iaitu tidak berjangkit pada manusia. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik memandangkan tiada risiko penyakit tersebut kepada manusia.

“Kerjasama penternak adalah amat diperlu bagi melaporkan sebarang kes disyaki penyakit HS di mana-mana Pejabat Veterinar Negeri atau Pejabat Veterinar Daerah berdekatan,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, HS merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella Multocida (p. multocida) Carter’s Type B.

Menurutnya, penyakit tersebut biasanya menyerang ternakan lembu dan kerbau dan boleh menyebabkan kematian dalam jangka masa 8 hingga 24 jam selepas dijangkiti.

“Penyakit HS kerap menyerang ternakan pada musim hujan. Bagaimanapun penyakit HS tidak menjangkiti manusia,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu telah menjalankan bedah siasat ke atas ternakan yang mati dan semua sampel telah dihantar ke makmal bagi tujuan pengesahan penyakit.

“Notis arahan kuarantin mengikut seksyen 18 Akta Binatang 1953 telah dikeluarkan dan diserahkan kepada penternak pada 13 September 2020. Pemberian ubat antibiotik pada ternakan yang bergejala,” kata kenyataan tersebut. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat