KUALA LUMPUR – Kelewatan prosedur dalam benar-benar merealisasikan hak yang sepatutnya diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak seperti yang terkandung dalam Titah Addendum menimbulkan persoalan sama ada prinsip “justice delayed is justice denied” berlaku dalam konteks ini.
Justifikasinya bekas Naib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker mempersoalkan, sekiranya ketidakadilan ini berlaku, adakah wang ringgit dapat menjadi pampasan dan ganti rugi pada Najib Razak nanti?
“Siapakah yang akan memberi ganti rugi dan pampasan pada Najib Razak nanti? Cash rakyat juga! tegas Lian Ker.
Katanya perlu dibuktikan bahawa kelewatan/penyembunyian Addendum telah menyebabkan Najib hilang hak atau peluang yang sewajarnya (misalnya pembebasan lebih awal).
“Setelah isu-isu ini telah dimuktamadkan dan proses penghakiman selesai, mungkinkah Najib Razak sudah habis tempoh dipenjarakan?
“Walaupun Addendum itu “wujud sejak 29 Januari 2024”, pelaksanaannya ditangguhkan hak tahanan rumah masih tidak dinikmati selama kira-kira 1 tahun setengah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu Lian Ker juga menyenaraikan beberapa pihak yang didakwa ‘bersalah’ menyorokkan Titah Addendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu.
“Siapakah yang bersalah? Jika benar Addendum disembunyikan, soalnya ialah siapa yang mempunyai custody (pemilikan/penjagaan rasmi) dokumen itu dan tanggungjawab mendedahkannya.
” Ini boleh melibatkan pegawai di Jabatan Penjara dan pegawai di Pejabat Peguam Negara atau Bahagian Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (JPM).
” Mana-mana pegawai yang menjadi penghubung antara Lembaga Pengampunan dan pihak pelaksana,” dakwa beliau.
Ujarnya, kesalahan boleh meliputi Misfeasance in public office (penyalahgunaan kuasa jawatan awam); Obstruction of justice (menghalang proses keadilan) dan pelanggaran prosedur perundangan dan arahan istana.
Selain itu Lian Ker menyebut, isu-isu yang perlu Najib hadapi sebelum mendapat keadilan berlandaskan Addendum iaitu pentafsiran kandungan Addendum perlu ditentukan maksud sebenar klausa dalam Addendum adakah ia secara automatik mengurangkan hukuman atau memerlukan tindakan lanjut pihak berkuasa?
” Kuasa dan prosedur Lembaga Pengampunan sama ada Addendum itu telah melalui proses mengikut undang-undang dan Perlembagaan (misalnya di bawah Perkara 42) atau perlu dibentang semula.
“Pihak pelaksana -sama ada pihak penjara, Kementerian Dalam Negeri, atau pihak lain mempunyai kuasa melaksanakan perubahan hukuman berdasarkan Addendum tanpa arahan baru,” katanya.
Beliau malah mempersoalkan sama ada situasi yang berlaku ini adil atau sebaliknya
“Kelewatan yang signifikan Najib tidak dibebaskan atau dialihkan ke tahanan rumah sejak tarikh Addendum, walaupun ia telah dikeluarkan. Ini memberi kesan langsung kepada hak beliau menjalani hukuman secara lebih ringan.
“Prosedur yang tertunda Meski dokumen wujud, isu seperti pembuktian kesahihan dan cara pelaksanaan turut melambatkan tindakan. Adakah wajar seseorang terus menjalani hukuman penuh sedangkan ada kuasa untuk merenggangkan hukuman itu tapi tidak dilaksanakan segera?
“Pertahanan perundangan Dalam sistem perundangan yang adil, seseorang harus mempunyai akses cepat kepada hak-haknya termasuk perintah pengampunan. Jika pengesahan kuasa itu tertangguh, ia menimbulkan keraguan terhadap prinsip keadilan procedural.
“Ketidaktentuan dan tekanan politik Lambakan rayuan, semakan, dan tarik-tali politik menambah ketidaktentuan, yang boleh dilihat merendahkan kredibiliti sistem keadilan,” ujar Lian Ker.



