“Saya bukanlah tak ada hati perut pentingkan politik tapi…” – Rafizi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan matlamat ugutan terhadap keluarganya adalah menuntut agar beliau putus asa dan duduk diam.

Ahli Parlimen Pandan itu menduga dengan beliau tunduk dengan ugutan dan ancaman penyerang maka matlamat mereka akan tercapai.

“Ada yang cadang saya berehat sebentar, tapi hidup dan tanggungjawab mesti diteruskan.

“Saya bukanlah tidak ada hati perut pentingkan politik dalam keadaan sekarang, tetapi matlamat ugutan terhadap keluarga saya ialah supaya saya putus asa dan duduk diam.

“Kalau saya tidak meneruskan rutin dan tanggungjawab seperti biasa, maka tercapailah matlamat mereka itu,” kata bekas Menteri Ekonomi itu dalam hantaran terbaru di Facebooknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Presiden PKR itu mengajak orang ramai menyaksikan podcast YBM malam ini, Jumaat 15 Ogos 2025 bersama dua tetamu, iaitu YB Kak Ogy (Rodziah Ismail), Ahli Parlimen Ampang dan Victor, seorang aktivis pendidikan.

“Antara isu yang akan diulas termasuklah kejadian serangan terhadap keluarga saya, ancaman budaya buli dan sebagainya

Jadi esok pun saya akan meneruskan Kaunter Bergerak di Pasar Pagi Taman Muda dan berjumpa penduduk Pandan macam biasa,” ujar Rafizi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat