Hannah Yeoh patut sertai acara ‘taichi’, tak boleh terima nasihat membina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dikritik kerana didakwa gagal menterjemahkan nasihat membina daripada pendahulunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkait peranan menteri dalam mengendalikan variasi badan sukan di bawah kementerian itu.

Hos Keluar Sekejap (KS) iaitu Khairy dan Shahril Hamdan membidas kenyataan Hannah yang disifatkan tidak semena-mena ‘menyerang’ penaja audio siar berkenaan iaitu rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar negara, Gintell.

Dalam kupasan terbaharu Keluar Sekejap, Khairy ada menitipkan nasihat kepada Hannah katanya, Menteri Belia dan Sukan mesti menjadi pemimpin yang proaktif dan tidak bermain “taichi” dalam peranannya dengan mengalihkan kesalahan berikutan prestasi Malaysia di Sukan Olimpik Paris.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, memandangkan penglibatan ramai pihak berkepentingan dalam sukan Malaysia, menteri itu perlu berhadapan dengan tokoh-tokoh berpengaruh yang menerajui persatuan sukan untuk memastikan kejayaan dan bukannya membuat alasan.

Khairy meminta Hannah menjadi menteri yang proaktif, bukan seseorang yang mengalihkan tanggungjawab.

“Jika anda melakukan ‘taichi’ – mengatakan ‘bukan saya, saya tidak melantik mereka, orang lain memilih mereka, (atau) saya tidak boleh berbuat apa-apa’ – itu tidak akan membantu kerana anda adalah menteri,” kata Khairy ketika rakaman Keluar Sekejap.

Susulan itu, Hannah membalas kritikan Khairy itu dengan ‘mengecam’ penaja segmen itu iaitu Gintell.

Kata Hannah, tidak sewajarnya Gintell yang menaja kerusi urut untuk audio siar Keluar Sekejap yang secara terang-terangan mengkritik Menteri Belia dan Sukan untuk bertindak proaktif termasuk mengaitkan peneraju-peneraju badan sukan di bawah KBS juga menggunakan logo Olimpik bahkan beliau turut menuntut penjelasan syarikat itu.

Khairy dan Shahril membalas kecaman Hannah itu bahawa beliau tidak sepatutnya mengheret Gintell selaku penaja dalam kritikan berkenaan.

Kata Khairy lagi, Keluar Sekejap juga sering mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siaran mereka namun beliau tidak pula melatah seperti Hannah.

Sementara itu, krew Keluar Sekejap, Ibdillah Ishak dalam kenyataan di Facebooknya mendakwa Hannah ‘koyak’.

“Menteri taichi koyak. Bila tak dapat terima nasihat membina, dia serang pula penaja episod terkini KS.

“Acara ini (taichi) memang patut wujud dalam Olimpik. Sekurang-kurangnya kita tahu dan yakin kebolehan Menteri menyumbang pingat untuk negara,” ujarnya sarkastik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat