1,216 graduan TVET diraikan dalam istiadat Konvokesyen Kolej Komuniti Zon Selangor

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

SHAH ALAM – Seramai 1,216 graduan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) diraikan dengan penuh gilang gemilang dalam istiadat Konvokesyen KK Zon Selangor yang berlangsung di Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) pada Isnin.

Menerusi satu kenyataan media KK Zon Selangor memaklumkan, graduan yang hadir pada majlis konvokesyen kali ini terdiri daripada 11 buah Kolej KomunitI (KK) yang telah menamatkan pengajian peringkat sijil dan diploma.

Menurutnya, sesi 1: 2023/2024 seramai 330 graduan manakala sesi 2: 2022/2023 pula melibatkan seramai 886 graduan.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN) JPPKK, Hilmun Mohamed; Pengarah Kanan Kompetensi (PKK) JPPKK, Ts. Abdul Razak Sabtu, dan Pengarah Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar (BAPP) JPPKK, Hj. Azirin Abdul Aziz.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua perasmi sidang konvokesyen daripada institusi industri bagi merealisasikan kerjasama yang berterusan dengan KK, selaras dengan sasaran SDG 8 (Decent Work & Economic Growth) yang memberi penekanan kepada penciptaan pekerjaan, keusahawanan, kreativiti dan inovatif.

Katanya, sidang pertama melibatkan graduan daripada KK Selayang (305), KK Ampang (54) dan KK Klang (47), telah disempurnakan oleh Executive Vice President TM One, Telekom Malaysia, Shazurawati Abd Karim.

Shazurawati dalam ucapannya berkata, para graduan perlu mempersiapkan diri dengan memperkukuh ilmu pengetahuan dan memastikan nilai-nilai murni dalam diri sentiasa dihayati dan diamalkan.

“Cabaran pada zaman ini semakin kompetitif dan mengharapkan para graduan dalam bidang kemahiran dan teknikal ini mampu berdaya saing dan menjadi aset berharga kepada industri,” katanya.

Sidang kedua pula melibatkan graduan daripada KK Kuala Langat (223), KK Hulu Selangor (85) ,KK Hulu Langat Cawangan Sepang (43) dan KK Kelana Jaya (43) telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Tenaga Nasional (YTN), Mohamad Nor Azali Lajin.

Dalam ucapannya, Mohamad Nor Azali berkata, melalui Program Dermasiswa My Brigther Future (MyBF) oleh YTN diinspirasikan pada 2018 telah memainkan peranan penting dalam menyokong pendidikan TVET di Malaysia dan memperluaskan tajaan di peringkat diploma Politeknik dan Sijil Kolej Komuniti.

Manakala sidang tiga pula melibatkan graduan KK Sabak Bernam (180) , KK Tanjung Karang (34) dan KK Hulu Langat (172), KK Shah Alam (30), telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Ts. Mahadhir Aziz.

Mahadhir berkata, dalam era yang penuh cabaran serta persaingan teknologi kecerdasan buatan (AI), kemahiran hidup perlu digarap sebaik mungkin, dan peluang untuk mencapai kejayaan adalah cerah melalui TVET.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dato’ Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail berkata, pihaknya telah meletakkan TVET sebagai tonggak utama dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi negara.

Tambah kenyataan itu lagi, konvokesyen kali ini turut meraikan lima graduan cemerlang dalam bidang masing-masing yang telah menerima anugerah khas.

Antaranya graduan Sijil Perkhidmatan Logistik dari KK Kuala Langat, Choo Siew Joon, 54, telah menerima Anugerah Keusahawanan yang mempunyai semangat tinggi untuk menyambung pelajaran meskipun sudah mempunyai lima orang cahaya mata dan tiga cucu.

Kini, dengan usaha gigih dan dorongan pensyarah-pensyarah di KK Kuala Langat, akhirnya beliau berjaya membuka sebuah kedai di Sepang dengan menjual produk penghasilan daripada buah naga.

Antara produk popular yang telah dihasilkan ialah Pink Masker: Naturals by JunNaga, aiskrim daripada pati buah naga dan buah naga salai.

Manakala graduan Program Sijil Teknologi Elektrik KK Sabak Bernam , Muhammad Afiq Khalid telah dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang, bukan sahaja cemerlang akademik malah kokurikulum turut menerima Anugerah Khas Industri dari YTN.

Muhammad Afiq anak jati Sekinchan telah ditaja oleh YTN sepanjang tempoh pengajiannya sebelum dilantik menjadi Duta MyBF YTN telah menanamkan minat yang mendalam dalam bidang elektrik.

Beliau kini, melanjutkan pelajarannya di Politeknik Port Dickson (PPD), dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik.

Dalam masa sama, pelajar Sijil Teknologi Maklumat (STM), KK Hulu Langat, Kabilan Jelevan A/L Thiagarajan, telah menerima Anugerah Khas Ko-Kurikulum.

Anak jati Sarawak ini acap kali mewakili Malaysia dalam Pertandingan Muay Thai di peringkat antarabangsa.

Walaupun dalam kesibukan mengikuti jadual latihan yang padat, akhirnya beliau berjaya menghabiskan pengajian dan bergelar graduan.

Terdahulu, Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Selangor telah mengadakan Majlis Konvokesyen kali ke 25 di sini dengan meraikan graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Sabtu diikuti dengan Politeknik Banting dan Politeknik MetRO Kuala Lumpur pada Ahad. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat