Rakyat Memerhati, Janji PRN Perlu Segera Dilaksanakan – PPMM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri yang berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu segera mengotakan janji mereka kepada rakyat terutama yang membabitkan kepenggunaan.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Mohd Afiq Salim berkata, sudah tiba masanya semua janji terbabit ditepati kerana rakyat mengharapkan perkhidmatan terbaik daripada wakil rakyat.

Katanya pelbagai isu termasuklah pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi setempat yang dijadikan bahan kempen pilihan raya perlu diselesaikan segera, setidak-tidaknya selesai dalam tempoh penggal lima tahun ini.

“Kita melihat banyak janji dibuat, sama ada oleh parti mahu pun calon yang bertanding. Walaupun ada pihak mengatakan ini adalah janji pilihan raya, kita mahu ia dilaksanakan.

“Perlu diingat, rakyat memerhati dengan tekun perkembangan semua kerajaan negeri. Apa yang kita harapkan adalah aspek kepenggunaan turut diberi perhatian.

Ïsu-isu seperti lesen penjaja dan perkara lain di bawah bidang kuasa negeri, perlu ditambah baik oleh kerajaan negeri yang baru mendapat mandat,”katanya.

Mohd Afiq berkata, pada masa sama, rakyat juga diseru untuk memberi fokus kepada pemerkasaan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup tanpa menjadikan politik sebagai agenda utama.

Katanya, tempoh berkempen dalam PRN yang lalu sudah pun tamat dan kini tiba masanya semua pihak memberi fokus kepada perkara pokok iaitu kesejahteraan masyarakat.

“Semua pihak sudah melalui proses memilih wakil rakyat secara demokrasi. Kita semua pengguna, eloklah tumpu kepada perkara yang perlu saja. Untuk politik, lima tahun lagi, kita fikir semula,”katanya. – HMetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat