Cakra Khan janjikan persembahan yang menakjubkan di Zepp Kuala Lumpur

- Advertisement -

Kemantapan vokal Cakra Khan melayakkan penyanyi kelahiran Pangandaran, Jawa Barat itu memperoleh empat ‘yes’ daripada barisan juri ketika beraksi di pentas uji bakat America’s Got Talent (AGT) 2023 yang disiarkan pada 18 Julai lalu

Keunikan vokal Cakra turut menerima pujian juri digeruni ramai, Simon Cowell yang mengakui, kagum dengan bakat luar biasanya, sekali gus membuka ruang selesa untuk dirinya melangkah ke persaingan seterusnya.

Cakra atau nama lengkapnya, Cakra Konta Paryaman berkata, pencapaian tidak mungkin digapai tanpa sokongan, terutama peminat yang sentiasa mempercayai kemampuannya.

Saya sangat gementar. Berada di pentas AGT 2023 saya pastinya ‘nervous’, sama juga jika buat persembahan di Indonesia.

“Namun, ada teman-teman di belakang pentas di Indonesia, Di sana, saya sendirian, jadi di belakang pentas semuanya saya tak kenal. Ia memang luar biasa ‘nervous’,” katanya pada sidang media konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur secara ‘maya’ pada 14 Ogos lalu..

Beliau yang cukup menghargai sokongan diberikan peminat di Malaysia, lantas mengotakan janji dengan kembali ke Kuala Lumpur bagi menyempurnakan Konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dalam memenuhi rangka Dream Festival Collaboration Volume 4.

Konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September depan, pelantun Harus Terpisah yang pernah melonjak populariti di Indonesia dan Malaysia sejak 2012 itu berkata, dia akan tampil berduet dengan dua artis undangan iaitu Riri Moeya dan Nadeera Zaini.

Created with RNI Films app Preset Technicolor 2

“Ini adalah kali pertama bekerjasama dengan Dream Festival Collaboration Volume 4. Panggung ini juga akan menyaksikan gabungan pertama saya bersama Nadeera, tetapi saya tidak asing dengan suaranya.

“Saya orangnya yang suka berkolaborasi, jadi atas panggung ini harus senang-senang sahaja buat semuanya. Lagu yang bakal kami bawakan pastinya yang pernah dikeluarkan sebelum ini dan ada juga lagu yang belum saya nyanyikan,” ujarnya.

Juara program Big Stage musim kelima, Nadeera ternyata cukup teruja dan menganggap pelawaan Cakra Khan kali ini sebagai sebuah permulaan baharu dalam karier nyanyiannya.

“Terima kasih Cakra kerana sudi menjemput saya. Saya tak sangka akan bersama sepentas dengan penyanyi Indonesia yang hebat sepertinya. Sebagai penyanyi baru, kesempatan ini sangat saya hargai” ujar Nadeera.

Tiket menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol 4 – Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dijual pada harga RM178, RM198, RM318, RM508 dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) boleh di dapati dengan melayari www.ticket2u.com  yang sudah mula dijual sejak 15 Julai lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat