Surat PKR Tuntut RM10 Juta Tiada Makna, Kata Zuraida

- Advertisement -

SUBANG – Zuraida Kamaruddin hari ini mengesahkan beliau sudah menerima surat tuntutan saman daripada bekas partinya, PKR.

Bekas Naib Presiden PKR itu berkata, surat berkenaan telah diterima pihaknya pada Selasa lalu.

Ditanya mengenai tindakan beliau selepas ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu berkata, surat tuntutan tersebut tidak bermakna apa-apa kepada beliau.

“Saya tidak akan ambil sebarang tindakan, surat itu tidak bermakna,” katanya kepada media selepas merasmikan Kebun Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu sebelum ini mendakwa perjanjian antara beliau dan beberapa lagi bekas PKR lain dengan parti tidak ‘mengikat’ untuk tuntutan RM10 juta tersebut.

Malah beliau optimis, tuntutan daripada Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung itu tidak akan membuahkan hasil.

Sebelum ini, Chean Chung berkata, mereka yang disenaraikan perlu membayarnya dalam tempoh tujuh hari dan jika gagal, parti akan mengarahkan peguam untuk meneruskan prosiding bersesuaian bagi mendapatkan pampasan itu.

Berdasarkan tarikh laporan itu, tempoh tujuh hari itu telah berakhir 6 Ogos lalu.

Parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengeluarkan surat tuntutan kepada kesemua 19 ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang telah keluar parti, menuntut setiap mereka membayar RM10 juta kepada parti.

Mereka termasuk Zuraida dan bekas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Chean Chung mendakwa RM10 juta itu adalah jumlah yang dipersetujui untuk dibayar oleh kumpulan terbabit jika mereka berpaling tadah dan menggunakan kerusi yang diwakili bagi kepentingan peribadi serta bertentangan dengan kepentingan parti.

Ahli Parlimen lain yang terlibat ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar; Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju; Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan Ahli Parlimen Parlimen Selangau, Baru Bian.

ADUN yang berkenaan pula ialah Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat