Covid-19: Kluster Muda Baharu Di Kedah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan wujudnya kluster muda baharu yang dikesan di Daerah Kuala Muda, Kedah.

Kes pertama kluster kes 9114 adalah lelaki warganegara Malaysia iaitu seorang anggota polis.  kes 9147 yang dilaporkan juga adalah rakan sekerja anggota polis tersebut.

KKM akan melakukan aktiviti pengesanan secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan paa 13 Ogos dan kes dikesan positif pada 14 Ogos.

Sehingga hari semalam, sebanyak 124 kontak rapat anggota polis itu telah disaring oleh pihak KKM.

Daripada jumlah itu, 2 kes positif, 5 kes negatif, dan 117 masih menunggu keputusan saringan yang telah dijalankan. Kesemua kontak yang disaring ini adalah warganegara Malaysia.

Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah-langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat