Rakyat Malaysia Di Sudan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

- Advertisement -

Selepas bertarung nyawa selama dua minggu, rakyat Malaysia, Arzuham Mohd Arih, 44, atau Am meninggal dunia di Hospital Royal Sudan, pada Jumaat 7.11 malam waktu Malaysia.

Allahyarham yang disahkan dijangkiti Covid-19 sejak 23 Julai lalu dikebumikan malam tadi selepas disembahyangkan.

Abangnya, Arsuhaily Mohd Arih berkata, keluarganya dimaklumkan mengenai berita sedih itu oleh pegawai kedutaan Malaysia di Sudan ketika dalam proses untuk membawa pulang Arzuham ke tanah air.

“Saya menerima panggilan daripada pegawai kedutaan memaklumkan mengenai Am sudah tiada.

“Arwah adik saya itu akan dikebumikan malam ini dan ketika ini jenazahnya sedang disolatkan,” katanya kepada Harian Metro.

Arsuhaily berkata, keluarganya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan Am sejak kisah mengenainya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia juga berterima kasih kepada persatuan pelajar Malaysia di Sudan yang banyak membantu walaupun mereka sendiri dalam keadaan memerlukan bantuan untuk pengajian.

“Semua wang yang disumbangkan untuk membawa pulang arwah akan disalurkan kepada Tabung Covid-19. Keluarga saya ada tawarkan kepada persatuan pelajar, tetapi mereka menolak,” katanya.

Kelmarin Harian Metro melaporkan keluarga Am memerlukan RM760,000 untuk membawa pulang dia dan keluarganya ke tanah air bagi membolehkan rawatan dijalankan di sini.

Ini kerana, hospital di Sudan kekurangan peralatan dan dia hanya bergantung kepada ventilator sejak koma 14 hari lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat