Air India salah pasang suis bahan api, sudah 6 tahun diberitahu

NEW DELHI – Syarikat penerbangan Air India pernah menerima amaran berkenaan pemasangan suis bahan api yang salah lebih 6 tahun sebelum nahas tragis penerbangan AI171 yang meragut 260 nyawa, termasuk 241 penumpang.

Laporan awal yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (IAAB) mendedahkan dua suis kawalan bahan api dalam kokpit pesawat telah dimatikan sejurus pesawat berlepas menyebabkan kegagalan kuasa secara menyeluruh mengakibatkan pesawat terhempas.

Suis tersebut dilengkapi dengan ciri pengunci keselamatan yang sepatutnya menghalang sebarang perubahan kedudukan melainkan suis itu diangkat terlebih dahulu.

Namun, dalam satu Buletin Khas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) bertarikh Disember 2018, agensi tersebut memberi amaran beberapa pesawat Boeing 737 dikesan mempunyai suis bahan api dengan ciri pengunci yang tidak berfungsi.

“Jika ciri pengunci tidak berfungsi, suis boleh dialihkan antara dua kedudukan tanpa perlu diangkat terlebih dahulu dan ini boleh menyebabkan operasi tidak sengaja yang berpotensi menyebabkan enjin mati di udara,” menurut FAA, lapor Agensi.

FAA menyarankan agar syarikat penerbangan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap suis tersebut bagi memastikan ia tidak mudah digerakkan tanpa disengajakan.

Namun, Air India dilaporkan tidak mengambil tindakan lanjut kerana amaran FAA tersebut bersifat nasihat dan bukan arahan mandatori.

Laporan IAAB turut menyebut modul kawalan pendikit pesawat iaitu komponen kokpit yang menempatkan dua suis bahan api tersebut telah diganti dua kali pada 2019 dan 2023.

Namun, penukaran itu tidak dilakukan atas sebab kerosakan suis dan tiada masalah berkaitan suis direkodkan dalam dua tahun terakhir.

Laporan menyayat hati itu turut mendedahkan sejurus pesawat Boeing 787 Dreamliner itu berlepas, kedua-dua suis bahan api bergerak ke posisi ‘cut-off’, menyebabkan bekalan bahan api ke enjin terputus sepenuhnya dan enjin gagal berfungsi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat