Karya P Ramlee jadi ‘domain awam’ lepas tempoh royalti tamat

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) menyifatkan peranan yang dimainkannya dalam menangani isu berhubung karya-karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang hampir tamat tempoh perlindungan hak cipta amat genting.

Menerusi kenyataan dikeluarkan MACP kepada Harian Metro, badan pengutip royalti berdaftar itu menjelaskan sekiranya tempoh perlindungan hak cipta yang sedia ada tidak dapat dilanjutkan, maka karya-karya Allahyarham akan memasuki domain awam.

“Jika tempoh perlindungan hak cipta yang sedia ada tidak dapat dilanjutkan daripada 50 tahun kepada 70 tahun, karya-karya Allahyarham P Ramlee akan memasuki domain awam dan tidak lagi tertakluk kepada perlindungan hak cipta yang mewajibkan obligasi pembayaran royalti bagi penggunaan karya-karya itu.

“Malah, lagu-lagu Allahyarham yang masih lagi segar berkumandang di dalam dan luar negara akan menjadi satu kerugian besar kepada negara, rakyat Malaysia serta waris-waris Allahyarham sendiri,” jelas kenyataan itu.

Justeru, isu yang diketengahkan oleh MACP berhubung lanjutan tempoh perlindungan hak cipta ini adalah tertakluk kepada pindaan dalam Akta Hak Cipta 1987 serta kelulusan dasar kerajaan.

Dalam kenyataan itu, dijelaskan juga bahawa MACP perlu mengusulkan lanjutan pembayaran royalti kepada waris-waris Allahyarham sehingga ke peringkat yang memerlukan keputusan polisi kerajaan bagi mempertimbangkan perlindungan hak cipta khususnya bagi karya muzik, rakaman bunyi dan filem arwah untuk dilanjutkan menjadi 70 tahun.

Terdahulu, MACP mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi isu penamatan perlindungan hak cipta karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang tempoh matangnya akan berakhir tahun depan apabila mencecah 50 tahun.

Ia susulan luahan hati anak Allahyarham P Ramlee iaitu Sazali, 63, yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini bakal tamat tahun depan.

“Kalau duit royalti sudah tiada kehidupan saya dan isteri akan susah.

“Selama ini, saya bergantung hidup dengan duit royalti itu untuk buat beli barangan dapur, pengangkutan ke hospital, rawatan fisio kaki yang cedera akibat kemalangan, temujanji dengan doktor setiap tiga bulan kerana menghidap asma dan darah tinggi serta penyakit tulang belakang yang dihidapi isteri,” katanya.

Sazali yang mendirikan rumah tangga dengan isteri, Hamidah Hitam tidak dikurniakan cahaya mata.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat