Tak Timbul Isu Tajuddin Dipecat – Saarani

- Advertisement -

IPOH: Tiada istilah pemecatan terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas UMNO mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya baharu menggantikannya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata perkara itu adalah amalan biasa bagi sesebuah organisasi.

Katanya lagi, seseorang ketua akan cuba mempelbagaikan kebolehan anggota organisasinya sebagaimana amalan pertukaran portfolio anggota Kabinet di peringkat kerajaan Persekutuan mahupun Exco di peringkat kerajaan negeri.

“Tak ada timbul isu (Tajuddin) dipecat dan saya pun tak fikir bahawa Presiden UMNO akan memecat (Tajuddin). Sebaliknya beliau memberi tanggungjawab yang lebih kepada Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Pada saya itu adalah tugas biasa yang dilakukan oleh mana-mana organisasi.

“Dalam masa itu pun Datuk Seri Presiden UMNO juga telah memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Tajuddin atas khidmat bakti yang telah ditunjukkan sebelum ini.

“Jadi saya ingat jangan guna istilah pemecatan. Itu tak betul,” katanya menerusi sidang media secara maya dekat sini pada Rabu.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat