Tun M tidak boleh harap layanan istimewa dalam Dewan Rakyat – Nazri Aziz

Penganjur Korban Luar Negara Emosi, Kasar Ketika Dihubungi

Cyberjaya - Penganjur program korban luar negara di benua Afrika dilihat enggan memberikan kerjasama bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan sebelum ini. Ketika dihubungi, salah seorang...

25 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini Termasuk 12 Kes Kluster Sivagangga – KKM

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 25 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat. Ketua Pengarah...

JAIS Arah Surau Di Shah Alam Tutup, Jemaah Kontak Rapat Kluster Sivagangga

KUALA LUMPUR - Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta dan menghentikan semua operasi termasuk solat Jumaat, solat fardu lima...

Peniaga Tak Mengaku Salah Sorok Lebih 200,000 Pelitup Muka

PETALING JAYA - Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyembunyikan barang kawalan, iaitu 216,500 keping pelitup muka, Mac...

TMJ Mahu Backhand Mahathir?

JOHOR – Sejurus Mahathir dilaporkan mahu menubuhkan parti baharu, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Tengku Ibrahim tampil menunjukkan keperihatinan baginda terhadap masalah yang dihadapi...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengharapkan layanan istimewa dalam Dewan Rakyat, kata bekas Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz,

Astro Awani melaporkan Nazri berkata semua ahli parlimen perlu bersedia untuk dikritik ketika sesi perbahasan.

Beliau menjelaskan jika terdapat mana-mana ahli parlimen yang tidak mahu diserang ketika perbahasan, jalan terbaik dalam meletak jawatan.

“Kita kena ingat, walaupun kita orang besar ke atau orang berjasa ke tetapi kalau kita bersetuju untuk masuk dalam gelanggang, macam pepatah Melayu yang berbunyi, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

“Jadi tidak ada dua peraturan dalam dewan, semuanya akan dilayan serupa sahaja, kalau bangun berucap dan kena lanyak berterusan, itu kena terima sebab tidak ada siapa paksa dia jadi ahli parlimen,” katanya.

Beliau mengulas pandangan setengah pihak yang mempertikai layanan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membahaskan usul pertukaran Yang Di Pertua Dewan Rakyat pada Isnin.

Nazri menjelaskan pihak-pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan perlu faham bahawa ahli parlimen Langkawi itu tidak boleh mengharapkan layanan istimewa kerana beliau bekas perdana menteri.

“Beliau menawarkan diri untuk menjadi calon di Langkawi dan bila tidak lagi menjadi perdana menteri, jadi ahli parlimen biasa macam saya, kena terima lah.

“Tidak boleh mengharapkan satu layanan yang lebih baik kerana dia bekas perdana menteri, eh tak ada tu, masuk dalam gelanggang kena sedialah.

“Janganlah kata orang ini kurang ajar kerana tidak ada dua peraturan untuk ahli-ahli parlimen, semua sama sahaja, tidak ada satu peraturan untuk kita, satu peraturan untuk Tun, tidak boleh.

“Kalau tidak mahu dilayan sedemikian, jalan terhormat dia perlu undur diri,” katanya.

Nazri menjelaskan, Dr Mahathir tidak boleh mengharapkan ahli-ahli parlimen UMNO akan berdiam diri sekiranya bekas perdana menteri itu memberi gambaran buruk kepada parti itu ketika sesi perbahasan.

“Kalau beliau menyerang kita macam kata UMNO jijik, saya tak boleh terima sebab UMNO jijik itulah yang telah menjadikan beliau sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

“Kalau ada mana-mana ahli parlimen itu yang beliau marah, sebutlah, ahli parlimen Padang Rengas ke, sebutlah tapi jangan sebut UMNO,” katanya lagi.

Nazri juga berkata, tindakan Dr Mahathir melabelkan UMNO jijik menyebabkan ahli-ahli parti yang berada di kampung juga terguris.

Foto: Internet

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Penganjur Korban Luar Negara Emosi, Kasar Ketika Dihubungi

Cyberjaya - Penganjur program korban luar negara di benua Afrika dilihat enggan memberikan kerjasama bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan sebelum ini. Ketika dihubungi, salah seorang...

25 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini Termasuk 12 Kes Kluster Sivagangga – KKM

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 25 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat. Ketua Pengarah...

JAIS Arah Surau Di Shah Alam Tutup, Jemaah Kontak Rapat Kluster Sivagangga

KUALA LUMPUR - Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta dan menghentikan semua operasi termasuk solat Jumaat, solat fardu lima...