Bukan cuma Mersing, Jeli, Tanah Merah dan lain-lain juga UMNO perlu ambil balik – Nazri Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Semua bekas ahli parlimen UMNO yang meninggalkan parti tidak boleh mengharapkan kekal bertanding kerusi yang dimenanginya sebelum ini, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri menegaskan semua kerusi yang dimenangi UMNO ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) perlu kekal milik parti keramat orang Melayu itu tanpa bahas dan rundingan lagi.

Hujah beliau UMNO tidak tewas di kerusi parlimen berkenaan dan semua ahli-ahli parti mahu ia ditandingi kembali dengan menggunakan logo Barisan Nasional (BN).

“Kalau kita mahukan kerusi Mersing kembali, serupalah juga kerusi-kerusi lain yang mana UMNO bertanding dan menang tetapi ahlinya lompat parti, bukan hijrah tapi lompat parti mungkin kerana tidak ada kekuatan mental.

“Tetapi lompat ke parti lain bukan justifikasi dia nak bertanding di kerusi milik UMNO, kalau nak bertanding cari tempat lain lah, pergi lah bertanding di Bukit Bintang ke atau mana-mana tempat lain,” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

Isu kerusi milik UMNO ini timbul setelah Presiden parti itu, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tegas menyatakan kerusi Parlimen Mersing adalah milik UMNO.

Zahid berkata demikian selepas Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar melabelkan UMNO sudah tidak laku lagi di Sabah.

Selain Zahid, beberapa pemimpin UMNO yang lain antaranya Ketua Pemudanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mengecam kenyataan Abdul Latiff dalam satu forum itu.

Abdul Latiff kemudiannya memohon maaf dan menjelaskan ia telah diambil di luar konteks.

Namun Zahid menjelaskan biarpun Abdul Latiff telah memohon maaf, UMNO tetap mahu kerusi itu ditanding oleh parti itu dalam PRU15 nanti.

Gambar: Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat