Terima Kasih Syed Saddiq Kata Azalina

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Walau berbeza pandangan politik, kelemahan fizikal tidak sepatutnya dijadikan modal menjatuhkan atau menyerang pihak lawan.

Tindakan Ahli parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela Datuk Seri Azalina Othman Said daripada dihina secara fizikal oleh warga maya mendapat penghargaan timbalan speaker Dewan Rakyat itu.

Syed Saddiq sebelum itu membidas kritikan seorang pengguna media sosial mengenai jantina Azalina dan menjelaskan beliau menghormati wakil rakyat Pengerang itu.

Katanya Azalina seorang ahli politik yang lantang bersuara mengenai isu hak wanita dan kanak-kanak.

“Politik tetap politik, tetapi perlu ada rasa hormat dan impian yang sama untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik untuk semua,” balas Syed Saddiq.

Azalina kemudian memuat naik paparan skrin ulasan Syed Saddiq di Twitter dengan kapsyen “Terima kasih YB @SyedSaddiq”.

 

Pengguna Twitter di ruangan komen memuji Syed Saddiq dan Azalina kerana menunjukkan sikap matang dalam berpolitik.

Mereka juga berharap sikap sama ditunjukkan semua ahli parlimen ketika berbahas dalam Dewan Rakyat.

“Benar, sama ada dari blok pembangkang mahu pun kerajaan kita harus matang dalam berhujah dan menjalankan tugas dan terampilkan akhlak yang baik.

“Rakyat memerhati, harapan saya Malaysia terus maju,” catat Wafiy Rasul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat