“Pakcik Tersebut Provok Penguatkuasa MPS”

CABARAN PROKLAMASI DAN ORDINAN DARURAT KE MAHKAMAH

Oleh: Muhamad Nur Aizat Bin Noor Azam Pengisytiharan Darurat 2021 yang merupakan kali kesembilan dalam sejarah negara baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai polemik khususnya dalam...

Rugilah negara lain tak gantung Parlimen pulihkan ekonomi, Najib sindir Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR - Hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia gunakan alasan Covid-19 untuk gantung Parlimen,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas Perdana Menteri itu...

Melampau Annuar tuduh UMNO derhaka kepada Agong – Puad

KUALA LUMPUR - Kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang menuduh UMNO derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dianggap melampau. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk...

Adakah Sidang Dewan Rakyat Wajib Diadakan Dalam Darurat?

--------------------------------------------------------------------------------------------------- Pada hemat saya mengadakan sidang Dewan Rakyat untuk membincangkan ordinan-ordinan darurat adalah satu tindakan tidak rasional. Jika sidang Dewan Rakyat perlu diadakan untuk...

Memohon Dewan Rakyat Bersidang Bukan Derhaka – Peguam

CYBERJAYA - Ada beberapa orang peguam tidak bersetuju dengan pandangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, bahawa tindakan memohon Yang Di Pertuan (YDP)...

Selayang – Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima provokasi daripada seorang warga emas yang juga peniaga jagung hingga menimbulkan perang mulut antara dua pihak seperti yang tular di media sosial pada Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, kejadian tersebut berlaku Jumaat lalu sewaktu operasi penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen di sekitar Pasar Selayang Jaya.

Menurutnya, semasa operasi dilaksanakan MPS telah mengeluarkan tiga kompaun dan tiga sitaan ke atas peniaga yang terlibat.

“Bagaimanapun anggota penguat kuasa MPS berdepan provokasi dari peniaga jagung tersebut semasa tindakan sitaan dilaksanakan.

“Peniaga tersebut yang merupakan pemegang kad pemastautin tetap (PR) gagal memberikan kerjasama hingga menimbulkan kekecohan semasa penguatkuasaan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zin berkata, peniaga berkenaan pernah beberapa kali dikenakan tindakan amaran, kompaun dan sitaan sebelum ini namun berdegil meneruskan aktiviti perniagaan.

“Sebagai pemegang kad pemastautin tetap (PR) peniaga tersebut tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN),” katanya.

Beliau berkata, MPS akan mengambil tindakan undang-undang termasuk laporan polis atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

“Selain itu, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dibuat ke atas individu yang membuat rakaman dan menyebarkan video berkenaan.

“Tindakan tersebut telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan menjejaskan nama baik MPS,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa hari lalu video berdurasi dua minit 49 saat menunjukkan seorang lelaki yang berniaga di tepi jalan bertengkar dengan penguatkuasa MPS yang mengundang simpati netizen.

Isu itu turut menarik perhatian penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang telah melawat peniaga jagung tersebut sebelum berkongsi di Facebooknya.

“Kasihan rasanya. Berniaga jagung di situ dah lima tahun. Dari dulu ini saja kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. Lima masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. dua orang di universiti. Ada anaknya yang cuti sekolah bawa Food Panda.

“Dengan rendah diri saya merayu MPS dapat membantu pakcik ini. Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih,” tulisnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Rugilah negara lain tak gantung Parlimen pulihkan ekonomi, Najib sindir Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR - Hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia gunakan alasan Covid-19 untuk gantung Parlimen,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas Perdana Menteri itu...

Melampau Annuar tuduh UMNO derhaka kepada Agong – Puad

KUALA LUMPUR - Kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang menuduh UMNO derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dianggap melampau. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk...

Memohon Dewan Rakyat Bersidang Bukan Derhaka – Peguam

CYBERJAYA - Ada beberapa orang peguam tidak bersetuju dengan pandangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, bahawa tindakan memohon Yang Di Pertuan (YDP)...