Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam 3.00 petang ini di Bangunan UMNO, PWTC.

Menurut sumber, mesyuarat tersebut diatur secara mengejut oleh Menteri Kanan Keselamatan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail dikatakan menghantar jemputan sejak petang semalam.

Setakat ini tiada makluman mengenai agenda yang akan dibincangkan, namun Ismail dikatakan akan mengadakan perjumpaan pra-mesyuarat sebagai persediaan berjumpa Ahmad Zahid bagi menerangkan tujuan sebenar perjumpaan.

Beberapa pegawai para menteri yang dihubungi SuaraTV juga tidak pasti tujuan perjumpaan, namun tidak menafikan ada jemputan mengejut bagi mesyuarat tersebut.

Spekulasi setakat ini ialah mesyuarat tersebut bertujuan meyakinkan Ahmad Zahid untuk menyokong sambungan Darurat atau membincangkan mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri dari UMNO. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat