Azmin Iktiraf ‘Total Lockdown’ Berjaya Turunkan Kes Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau ‘total lockdown’ membuahkan kesan positif apabila kadar kes jangkitan harian Covid-19 didapati semakin menurun.

Susulan itu Azmin semua pihak agar dapat memberikan kerjasama untuk kita sama-sama mencapai Imuniti Kelompok atau ‘Herd Immunity’ di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Namun dari segi ekonomi kita dapat lihat ramai pihak telah terkesan, terutama buat golongan B40 yang kebanyakannya merupakan peniaga-peniaga kecil.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara sebagai langkah untuk negara keluar daripada pandemik Covid-19.

” Ia selari dengan dengan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, bahawa pelan tersebut akan dibuat berdasarkan kepada data dan sains yang dibentangkan dalam tempoh masa terdekat,” kata beliau dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Azmin juga memberitahu bahawa pelan itu turut merangkumi adalah dari segi pengurusan Covid-19, ekonomi serta program vaksinasi yang sedang giat berjalan sehingga kini.

“Ia akan diperluaskan lagi dengan skala besar apabila adanya inisiatif seperti Trak Vaksin Bergerak dan pembinaan Pusat Pembinaan Vaksin (PPV) baharu, yang membolehkan pemberian suntikan dos vaksin sehingga 200,000 sehari menjelang Julai ini,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat